Tiz Zaqyah gelar PU Amin ‘Melayu Muslim tipikal’

Satu gambar print skrin tentang cara teguran Pencetus Ummah (PU) Amin berhubung aurat wanita oleh pelakon Tiz Zaqyah mengundang perdebatan dalam kalangan netizen apabila ia di retweet lebih 15 ribu kali.

Di laman media Twitter, Tiz Zaqyah yang kini sudah berumur 31 tahun, berkata pandangan yang diutarakan PU Amin memperlihatkan pendakwaah bebas itu sebagai “Melayu Muslim yang tipikal”.

“Typical meleis muslim and a real muslim”

“A man telling a girl to touch an iron plate with 2 fingers. A man calling out “Dear brothers, and zulaykhas.”

“Tapi, yes salah statement “a real muslim”. Cuba i crop/tutup nama orang yang post ni. Apa respon pula…”

Kata Tiz Zaqyah lagi, pesanan dari PU Amin agar kaum wanita meletakkan jari pada seterika panas selama lima saat sebagai analogi kepada azab api neraka oleh Allah jika kaum wanita tidak menutup aurat adalah terlalu kasar dan tidak beradab.

Sebaliknya Tiz membandingkan kiasan digunakan seorang ulama muda, Sheikh Azhar Nasser yang disifatkannya lebih lembut dan mudah difahami.

“Macam mana nak sampaikan sesuatu isu kalau adabnya tak sampai langsung? Kita tahu mana salah, mana buruk, mana baik, mana betul.

“Tak perlu burukkan lagi kedaan dengan cara dakwah begini. Tak salah pun jadi friendly,”

Untuk rekod pandangan dan teguran yang dilontarkan PU Amin dan Sheikh Azhar itu masing-masing dibuat pada tahun 2018.

Namub begitu perbuatan Tiz berkongsi perbandingan itu kurang disenangi beberapa individu apabila mereka menjelaskan Sheikh Azhar Nasser merupakan pemimpin syiah.

Namun Tiz Zaqyah telah menyeru pengikutnya agar mengambil pesanan positif yang disampaikan Sheikh Azhar Nasser biarpun berlainan kefahaman.

“Kenyataannya lebih ramah… lebih beradab,” kata Tiz Zaqyah lagi.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here