Tindakan Mulia Fasha Cuci Najis Ibu Roslan Shah

0
3738

Nama pelakon Fasha Sandha tidak perlu lagi diperkenalkan kerana pelakon ini sememangnya sudah popular dengan sikap yang baik hati.

Terkini apabila seleberiti, Roslan Shah telah memberitahu bahawa dia tidak sama sekali menyangka pelakon popular ini adalah seorang yang berhati mulia.

Roslan Shah meluahkan rasa terharu apabila pelakon tersebut sanggup menawarkan diri bagi mencuci najis ibunya yang sedang sakit semasa melawat ke rumahnya di Singapura baru-baru ini.

Ini adalah luahan dan rasa terharunya Roslan Shah terhadap isteri kepada pelakon Aidil Aziz:

“Wanita yang bernama Fasha Sandha yang statusnya seorang pelakon popular… tidak ramai yang tahu sifat, hati dan caranya. Ini bukan rekaan cerita ya. Allah saja yang tahu dan ini bukan untuk memuji caranya kerana datang ke rumah saya.

“Semasa di bilik ibu saya membuang air besar. Apabila Fasha Sandha tahu ibu saya membuang air besar, dia dengan ikhlas hatinya masuk ke bilik ibu saya dan nak membantu saya basuh dan menukar pampers. Dari situ saya tersentuh dan sebak dalam hati tetapi saya diamkan diri saja,”

“Bagaimanapun saya menghalangnya kerana Fasha Sandha adalah tetamu. Saya dan kakak tercintalah yang menguruskan ibu untuk membersihkan dan menukarkan pampersnya.

“Ini bukan membodek atau memuji melambung. Bagi saya inilah wanita yang waktu susah kita nak cari. Tak ramai yang boleh buat,”

Menurut Roslan Shah walaupun ibunya bukan ahli keluarga, tetapi Fasha Sandha  sanggup melakukan perkara seperti itu.

Dia sempat memuat naik status dan bercerita mengenai kebaikan yang dilakukan oleh Fasha di laman Instagram miliknya pada Ahad.

Jelas Roslan lagi dia bukan mengambil kesempatan di atas keikhlasan isteri kepada Aidil itu namun sebaliknya lebih selesa menguruskan hal itu sendiri.

Ternyata sangat mulia hati Fasha yang sangup menghulurkan bantuan bagi mencuci najis ibu Roslan Shah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here