“Tindakan akan diambil” – Penganjur Dewi Remaja Siasat Kontroversi Peserta Pergi Kelab Malam

Beberapa video kontroversi gadis mirip juara Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee dan peserta Dewi Remaja yang lain sedang berparti sakan di kelab malam sambil dikatakan meminum minuman terlarang telah menjadi buah mulut orang ramai.

Rata-rata netizen kecewa dengan sikap mereka dan mengecam tindakan mereka yang tidak harus diangkat sebagai ikon remaja.

Video berkenaan memberi impak negatif buat peserta Dewi Remaja dan memberikan pengaruh buruk kepada masyarakat.

Ada juga meminta agar gelaran Dewi Remaja yang diberikan kepada juara berkenaan ditarik balik sekiranya gadis berkenaan benar-benar terlibat dalam video terbabit.

Terbaru, penganjur rancangan pencarian bakat tersebut yang juga sebuah majalah popular, Remaja memberitahu pihak mereka sedang menjalankan siasatan terperinci berkaitan kontroversi terbabit. Tindakan akan diambil terhadap finalis Dewi Remaja berkenaan sekiranya dakwaan tersebut adalah benar.

Terkini, pihak Remaja di bawah payung Nu Ideaktiv menerusi Instagram ada memberikan kenyataan awal berhubung isu berkenaan.

Ini kenyataan dari pihak Dewi Remaja tentang isu panas ini:

“Kenyataan awal berkaitan kes video viral beberapa finalis Dewi Remaja.”

“Selaku pemilik jenama Dewi Remaja, Nu Ideaktiv memandang serius terhadap video yang didakwa melibatkan peserta-peserta Dewi Remaja 2018/19.

“Perkara ini dalam siasatan kami dan tindakan yang sewajarnya akan diambil”

Buat masa ini, biarlah pihak penganjur yang membuat siasatan dengan secara terperinci dan kita nantikan sahaja pengumuman rasmi daripada mereka nanti.

Untuk pengetahuan, sehingga kini, 10 individu telah dinobatkan sebagai Dewi Remaja sebelum ini, dan kebanyakannya telah ebrjaya menceburi bidang lakonan dan pengacaraan dalam industri hiburan tanah air.

Bermula dengan Tengku Anis Tengku Ismail (1985/86), Aleeza Kassim (1987/88), Jasmeen Dhillon (1990/91), Wan Khatijah (1993/94), Juliana Banos (1997/98), Annahita Bakavoli (2002/03), Scha Al-Yahya (2005/06), Neelofa (2009/2010), Raysha Rizrose (2014/15) dan juara edisi terbaru Haneesya Hanee (2018/19).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here