Tiga warden telah ditahan kerana mendera pelatih

Tiga lelaki dipercayai warden untuk sebuat pusat pemulihan akhlak di negeri Kedah telah ditahan pihak Polis.

Ini adalah untuk membantu satu siasatan berhubung kait kes penderaan membabitkan beebrapa orang pelatih pusat pemulihan akhlak tersebut.

Ketua Polis Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, tiga lelaki terbabit yang dipercayai mengendalikan pusat berkenaan ditahan ekoran laporan polis dibuat mangsa yang mendakwa berlaku kekerasan sepanjang menjadi pelatih institusi tersebut.

Ini komen polis: “Kesemua me­reka kini sedang direman bagi mem­bantu siasatan”

Pada tarikh 29 November yang lalu, portal Sinar Harian ada menyiarkan kelu­han dua bekas pelatih yang men­dakwa diri mereka dikasari termasuk digari, dibelasah dan dikurung dalam kurungan seperti sel sebagai hukuman.

Kedua-dua pelatih tersebut kini dibawa pulang oleh keluarga masing-masing setelah kegiatan pihak pengurusan terbabit terbongkar.

Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here