Tiga Bulan Suami Tiada Job, Almy Nadia Luah Perasaan

Datin Almy Nadia telah meluahkan perasaannya di laman sosial Instagram pada jumaat lalu berkenaan karier suaminya iaitu Datuk Fizz Fairuz.

Menurut Datin Almy lagi, Datuk Fizz Fairuz sudah masuk bulan ketiga tidak mendapat sebarang tawaran berlakon.

Walaupun pelakon Fizz Fairuz baru sahaja memenangi anugerah

Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian di Anugerah Skrin 2019 baru ini.

Berita itu telah diberitahu oleh isterinya sendiri dan menurutnya lagi ada juga produksi yang berkata bahawa Fizz Fairuz sibuk melampau dan mahu tawaran belakon dengan harga yang mahal.

Ini luahan dari Almy Nadia berikutan suaminya yang sudah tiga bulan tidak mendapat tawaran berlakon:

“Bila dah dua bulan tak ada job, muka ketat, orang bajet dia sibuk… Fizz busy, Fizz busy, Fizz busy, Fizz mahal, Fizz sibuk!

“Sedangkan (Fizz) dah duduk rumah nak masuk bulan ketiga tak ada shooting.

Pelakon Fizz Fairuz memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian di Anugerah Skrin 2019 (ASK2019) menerusi drama Kamar Kamariah pada 1 November lepas.

Hasil daripada luahan di Iaman IG miliknya itu telah pun mendapat respon dari pelakon lain iaitu Nad Zainal yang turut memberi komen:

“Bila menang lagi orang takut tapi ada tu.. gambate!,”

Turut meluahkan rasa simpati terhadap Fizz Fairuz ialah pelakon Jasmin Hamid:

“Bertabahlah wahai hati. Inilah nasib anak-anak seni Malaysia! Semuanya indah khabar dari rupa.

“Bayaran yang paling rendah untuk hasil seni kalau nak dibandingkan dengan negara luar sebab pasaran Malaysia sangat terhad.

“Apapun tetap bersyukur sebab masih ada rezeki di atas meja untuk famili. Allah maha baik!,”

Semoga ada rezeki yang melimpah ruah buat keluarga Datin Almya Nadia dan Dato Fizz Fairuz di masa akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here