Tidak Timbul Isu Yang Kita Takut Mati. Kita Sebagai Orang Islam Kita Terima Kematian Itu Dimana ana Akan Berlaku Bukan Hanya Turun Padang atau Tidak – DG Noor Hisham Abdullah

Hari ini di dewan rakyat menjadi kecoh apabila King Sing menuduh Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah takut mati.

“DG (Ketua Pengarah Kesihatan) hari-hari buat berita, bagi ‘Office Boy’ (budak pejabat) boleh baca. Kenapa dia tidak turun padang.. Macam di Kota Kinabalu, Sabah begitu teruk pandemik Covid-19.

“Kenapa dia tidak melawat setiap hospital, berbincang dan beri sokongan kepada frontliners. Jangan hantar doktor, jururawat saja pergi sebab itu orang (mereka) tidak takut mati, tapi DG takut mati,” katanya.

Namun persoalan daripada Datuk Seri Tiong King Sing (GPS-Bintulu) dijawab oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika siaran kangsung COVID 19 sebentar tadi.

Dipetik petikan daripada siaran langsung status COVID 19, menurut DG Noor Hisham;

 ” tidak timbul isu yang kita takut mati.. Kita sebagai orang islam kita terima kematian itu dimana mana akan berlaku bukan hanya turun padang atau tidak. Apa yang penting kita pasangkan niat kita untuk melaksanakan tugas kita iaitu untuk memutuskan rantaian COVID 19 dalam negara kita..”

 

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here