Tiada adab! Datang melawat Puteri Balqis sambil buat video.. Sampaikan Fauziah Nawi pun kecewa

Satu sekumpulan individu telah datang menziarahi pelakon Puteri Balqis di rumahnya dan rakaman video ketika lawatan berkenaan menimbulkan kemarahan para netizen.

Menerusi video berdurasi kira-kira lima minit yang dikongsikan, kumpulan yang mewakili sebuah produk kesihatan itu mendedahkan keadaan kesihatan pelakon kanak-kanak itu yang kini sedang sakit.

Sebenarnya niat pihak terbabit adalah baik untuk menyerahkan sumbangan mereka kepada Putri Balqis. Namun ketik arakaman dibuat, ia turut memaparkan keadaan kanak-kanak itu yang sedang terbaring dalam keadaan tidak bermaya.

Salah seorang wakil kumpulan itu menerusi video berkenaan meminta orang ramai yang berhampiran datang menziarah dan memberi sumbangan kepada keluarga pelakon tersebut.

Ini video itu:

Pelakon cilik PUTERI BALQIS sedang sakit.Alhamdulillah, team Amirna datang ziarah dan memberi sumbangan. Semoga cepat sembuh.Amirna Pills HQ Kilang Gurun..

Posted by ROTIKAYA on Sunday, 25 November 2018

Bagaimanapun, perkara itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menganggap ia sebagai satu tindakan ziarah yang tidak mempunyai adab.

Kumpulan itu dilihat cuba meraih perhatian masyarakat dengan cara nada yang kuat dan tidak menghormati Balqis yang sedang sakit dan sedang berehat.

Ini antara komen dari netizen:

“Mana adab ziarah? Kesian Balqis. Membantu tu sudah bagus, tapi sampai nak suruh Balqis komen sudah kenapa?

“Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya”

Malah, pelakon veteran Fauziah Nawi turut meninggalkan komen mempersoalkan perkara berkenaan.

Ini komen Fauziah Nawi: “Allah… kenapa rakam macam itu. Anak itu sakit. Nama dia pun anda tak tahu”

Pada Julai lalu, sekeping gambar yang dimuatnaik menerusi akaun Instagram milik Balqis bersama hastag #fightcancer mengejutkan ramai pihak.

Menerusi laporan sebuah portal, ibu kanak-kanak itu, Norashikin telah mengesahkan anaknya menghidap kanser dan kini sedang menerima rawatan.

Semoga Puteri Balqis kuat hadapi dugaan dan terus kuat melawan penyakit.

Kepada meraka yang datang melawat, hendaklah lebih beradab ketika ziarah dan tak perlulah untuk meraih perhatian semata.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here