“That is the ultimate happiness” – Inilah Arif, kekasih baru Bella Dally?

Kini dah lapan bulan pasangan pelakon Bella Dally dan Nazim Othman berpusah dan mengumumkan penceraianya mereka. Kisah perpisahan mereka ternyata mengejutkan ramai pihak ketika itu.

Setelah sekian lama berlalu, kini khabarnya Bella Dally dikatakan telah menemui pengganti dan ada teman baru.

Kisah ini dihidu apabila seorang lelaki yang dikenali sebagai Arif telah memuat naik foto dirinya dan Bella Dally sedang menikmati makan malam dengan candle light di sebuah restoran pada Oktober lalu.

Menerusi laporan portal mStar, foto berkenaan dimuatnaik di laman IG bernama Arifizaazlee.

Menerusi caption itu, Arif menulis kata-kata seolah-olah mereka sedang dilamun cinta.

“To find someone who will love you for no reason and to shower that person with reasons, that is the ultimate happiness (Mencari sesorang yang akan mencintai dirimu tanpa alasan dan mencurahkan kegembiraan paling dalam),”

Arif turut telah tag nama @Belladally di gambar berkenaa,.

Dalam pada itu, ada follower laman sosial lelaki berkenaan yang telah mengucapkan tahniah kepada pasangan yang dikatakans edang hangat bercinta tersebut.

Dalam pada masa yang sama, baru-baru ini, lelaki dimaksudkan juga hadir menemani pelakon berkenaan di majlis perkahwinan pelakon Elfira Loy.

Diimbas kembali, Bella atau nama sebenarnya Nabila Ali Dally, berkahwin dengan pelakon Nazim Othman pada 10 September 2016 selepas bertunang selama setahun.

Bagaimanapun, Nazim dan Bella Dally telah mengumumkan sudah bercerai pada 2 Mei 2018.

Sumber: mStar

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here