Teruk Kena Troll, Jadi Bahan.. Akhirnya Ini Respon Balas Dr Mujahid

0
8714

Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa telah menjadi viral dan mendapat perhatian dari rakyat Malaysia apabila menulis satu surat terbuka untuk Nurul Izzah Anwar.

Menerusi status Facebook miliknya, Dr Mujahid telah meluahkan rasa terhiburnya dengan respon diberikan oleh pengguna laman sosial berhubung suratnya itu.

Kata Dr Mujahid, dia berasa seronok dengan komen-komen yang diterimanya melalui post penulisan surat yang dibuat khas untuk bekas naib presiden PKR, Nurul Izzah yang sedang ‘merajuk’ dan meletak jawatan.

Tambah Dr Mujahid lagi, pemilihan perkataan Melayu lama iaitu ‘kanda’ membawa maksud abang dan ‘dinda’ membawa maksud adik, ternyata telah menarik perhatian ramai.

Namun begitu, Dr Mujahid telah meminta para pembaca supaya lebih menghayati isi kandungan surat berkenaan. Jelasnya, isi yang ditulis dalam surat itu mungkin boleh dijadikan panduan oleh generasi muda menghadapi isu politik dalam seperti dialaminya.

Ini komen Dr Mujahid:

“Seronok saya membaca komen-komen berkisar warkah saya kepada YB Nurul Izzah. Saya sengaja memilih lenggok bahasa begitu untuk menyampaikan mesej saya kali ini. Ternyata istilah kekanda adinda lebih menarik perhatian semua. Terima kasih atas teguran semua. Namun saya mohon dibaca serta dihayati isi kandungannya. Mungkin berguna buat generasi muda yang melalui liku-liku politik dalaman sama seperti yang saya pernah lalui.”

Diimbas kembali, turut tidak ketinggalan memberi respon ke atas surat berkenaan adalah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang dilihat telah menyindir warkah dari Dr Mujahid itu.

Najib Razak telah melabel kenyataan dari Dr Mujahid tidak boleh tidur malam memikirkan Nurul Izzah sebagai drama semata dan meintanya untuk berdoa jika tak boleh tidur.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here