“Tersingkir Tu, Tersingkir Je La.. Nak Merayu Terhegeh Serap Balik, Tak Layak” – Elite Dikecam.. Ini Respon Azza

Kumpulan Elite menjadi peserta kedua yang tersingkir di pentas Gegar Vaganza musim kelima. Kata Dato ramli MS, teknik nyanyian kumpulan ini mengundang ‘maut’ walaupun mereka sebenarnya satu kumpulan yang boleh menampilkan ‘good tv’.

Setelah tersingkir, ada satu saranan dari peminat kumpulan Elite ini agar kumpulan ini diserap kembali masuk ke Gegar Vaganza. Tetapi ianya menerima kecaman dari segelintir netizen.

Ahli kumpulan Elite, Azza telah tampil menjawab kritikan pedas seorang netizen kepad kumpulan Elite.

Menerusi perkongsian Azza di laman Instagram, penyanyi itu mendedahkan ada netizen yang mendakwa Elite terhegeh-hegeh dan merayu untuk diserap semula dalam program Gegar Vaganza 5 (GV5).

Tidak mendiamkan diri, Azza menjawab kritikan itu dengan penuh diplomasi.

Ini responnya:

“Haaa tepokkkkk. klako pun ada. tapi itu lah saya mampu ucap alhamdulillah seronok tau.. banyak pahala kami. maklum saja la sebagai manusia kita bnykkan bersabar.. Besar ganjaran bg hambanya yang sabar.. Adalah kebaikan yang kami buat Allah bg pahala percuma ni.. masyaAllah.. Tabarakalla. semoga Allah melahirkan rasa kasih sesama hamba.

“ps : tidak mengapa.. adik ini mungkin tidak mengenali siapa kami.. semoga Allah memberi rasa syg terhadap sesama hambanya

Rata-rata pengikut laman Instagram Azza mengecam tindakan individu berkenaan dan mempertahankan penyanyi kesayangan mereka serta kumpulan legenda ini.

Di imbas kembali, pada konsert minggu ketiga GV5, Elite menyampaikan lagu Ku Bahagia nyanyian asal Melly Goeslaw dan mereka telah tersingkir setelah mendapat markah paling rendah.

Pada minggu ketiga, Amelina dan Noryn Aziz mendapat markah tertinggi setelah membuat persembahan yang amat memukau penonton.

Rancangan GV5 ini akan bersiaran selama lapan minggu, dan boleh disaksikan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

Kalau nak tahu info lanjut, bolehlah korang layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here