Terperangkap dalam kereta Ferrari, Datuk Rafiena terpaksa minta bantuan JPAM

Kecoh apabila haiwan kesayangan, seekor kucing telag terperangkap dalam enjin kereta milik penerbit drama dan pelakon Datuk Rafiena Ezanee Ramli. Kucing itu terperangkap sehingga Datuk Rafiena terpaksa menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk membantu mengeluarkan si comel itu.

Kata penerbit berumur 35 tahun ini, kejadian itu berlaku di kediamannya ketika dia mahu memulakan perjalanan ke pejabat yang terletak di Shah Alam, Selangor.

Datuk Rafiena telah berkongsi kejadian tersebut melalu laman media Instagram milinya baru-baru ini.

Ini komen Datuk Rafiena:

“Sewaktu saya nak keluar bekerja sebab kejarkan waktu untuk mesyuarat, tiba-tiba tiga ekor kucing turut sama mengekori saya nak masuk ke kereta. Tiga ekor kucing tu, seekor ibu dan dua anaknya terus masuk bawah kereta. Tapi kemudiannya anak kucing tersesat, entah ke mana menyelit sehingga tidak dapat dikesan. Kucing-kucing ini milik anak saya. Memang anak saya ini terlalu sayangkan kucing.

“Bimbangkan keselamatan anak kucing itu, saya memanggil dan memohon bantuan anggota JPAM untuk keluarkan anak kucing. Tiga orang anggota dari JPAM Cawangan Shah Alam datang untuk membantu, tapi usahanya gagal. Dua jam mereka berusaha tapi anak kucing tak dapat dikesan,”

“Pagi tu terkejar-kejar nak pergi mesyuarat tapi kucing buat hal sesat pula dalam Ferrari, dalam banyak-banyak kereta pandai pula dia pilih kereta tu. Anak kucing berusia tiga bulan itu memang saya bela dan suka bermain di kawasan parkir kereta. Terpaksa panggil JPAM untuk bantu keluarkan, tapi kucing itu masih tak mahu keluar”

Penerbit drama Syurgaku Tak Sempurna ini berkata kucing tersebut terperangkap di bahagian enjin sehingga dia perlu membawa kenderaan tersebut ke bengkel. Setelah sekain lama cuba, akhirnya anak kucing itu berjaya diselamatkan.

“Balik dari pejabat, tengok tak selesai juga, kesudahannya kena towing bawa pergi workshop. Kucing itu dipercayai masuk melalui lubang di bawah kereta dan berjalan sehingga ke kawasan enjin lalu terperangkap di situ. Alhamdulillah, ia berjaya dikeluarkan dengan selamat tanpa kecederaan, cuma bulunya sahaja yang comot”

Sumber: Mangga / mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here