Terlampau Mewah, Nia Ramadhani Makan Ais Krim Bagi Hilang Bosan

Nama Nia Ramadhani yang suatu ketika dulu amat popular di Malaysia menerusi drama Bawang Merah Bawang Putih yang ditayangkan di TV3.

Nama Nia Ramadhani memang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita. Terkini, menurut pelakon cantik ini dia mempunyai banyak masa terluang.

Disebabkan itu, dia terpaksa keluar dan menikmati ais krim bagi menghilangkan rasa boring serta memenuhi aktiviti harianya.

Nama sebenar pelakon cantik ini ialah Prianti Nur Ramadhani yang berusia 29 tahun ini telah memuat naik satu video yang menunjukan dia dan kawanya sedang menikmati ais krim di kedai.

Dalam rakaman video Insta Story  tersebut, kelihatan kawanya itu telah mengusik dan bertanyakan terhadap Nia:

“Tiba-tiba keluar rumah buat apa?”

“Beli ais krim, biar ada aktiviti,”

Jika sebelum ini pelakon dan juga ibu kepada tiga cahaya mata itu ada memuat naik status yang menyatakan bahawa dia mempunyai banyak masa terluang sampaikan dia harus mencari pelbagai aktiviti dalam hidupnya.

Nia Ramadhani yang telah berkahwin dengan Ardi Bakrie ini disifatkan mempunyai hidup yang mewah selepas berkahwin dengan suaminya oada April 2010.

Diakatakan bahawa dia selalunya akan berada dirumah bagi menghabiskan sisa sisa sehariannya kerana dia tidak mempunyai apa-apa aktiviti yang mahu dilakukan.

Wahhh!!! Seronoknya hidup kalau dapat jadi macam Nia Ramadhani yang tidak rungsing dengan apa-apa. Malah hidup bahagia dan mewah lagi. Kalau bosan boleh pergi jalan-jalan makan ais krim.

Untung badan jadi Nia Ramadhani ye! Mungkin Nia boleh aktif dan mula berlakon bagi mengilangkan rasa bosan disamping dapat memenuhkan aktiviti seharian.

Ataupun Nia boleh pergi melancong ke tempat-tempat yang bes kerana duit bukan lah isu baginya bukan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here