Terlalu Penat Melawan Wabak COVID-19, Menteri Kesihatan Belanda Letak Jawatan

Menteri Kesihatan Belanda, Bruno Bruins, secara rasmi telah meletakkan jawatan selepas pengsan akibat terlalu kepenatan pada sesi perbahasan di Parlimen ketika membincangkan mengenai penularan wabak COVID-19.

Bruins yang bertanggungjawab menangani penularan wabak itu, pengsan ketika berucap di Parlimen Rabu lalu sehingga terpaksa dipapah keluar.

Pihak Istana dalam kenyataannya, memaklumkan perletakan jawatan itu diterima dan baginda berterima kasih atau perkhidmatan penting diberikan selama ini.

Beliau sering pengsan akibat terlalu letih namun sudah kembali pulih dan akan kembali bertugas – kata Bruins.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte, berkata perletakan jawatan Bruines adalah kerana tidak pasti berapa lama diperlukan untuk Bruins kembali pulih.

“Keadaan ketika berdepan dengan krisis memerlukan seorang menteri yang bersedia untuk bertindak dengan segera,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Hugo de Jonge, akan mengambilalih tugas Bruins sehingga pengganti yang baharu dilantik.

Sebelum ini, Belanda menerima kritikan dalam usaha negara itu yang dilihat lambat dalam menangani penularan COVID-19.

Setakat ini, negara itu merekodkan 2,460 kes termasuk 76 kematian. – REUTERS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here