Terlalu Kecewa, Pelakon Kahwini Diri Sendiri

Kadangkala kalau terlalu kecewa dalam hubungan cinta, pelbagai perkara pelik akan dibuat oleh sesetengah individu. Inilah yang berlaku ke atas seorang wanita.

Seorang pelakon wanita dari New York telah membuat satu keputusan yang amat drastik apabila mengahwini dirinya sendiri. Ini selepas dirinya begitu kecewa dan menjadi mangsa penderaan dalam beberapa hubungan cinta sebelum ini.

Jenilyn Rodriguez, 30 tahun yang juga ahli pengamal rawatan alternatif telah mengambil keputusan pelik itu selepas dia mengakui jatuh cinta pada sebentuk cincin buatan tangan dari Ireland yang dibelinya pada awal tahun ini. Dia menggunakan cincin sama untuk bertunang dengan diri sendiri.

Wanita itu berkahwin dengan diri sendiri pada 11 November lalu dan majlis itu dihadiri seramai 20 kenalan rapatnya termasuk adiknya, Jessica.

Namun ibu bapanya tidak hadir ke majlis perkahwinannya itu kerana berpegang kepada ajaran agama yang bertentangan dengan apa yang Jenilyn lakukan.

Tetapi Jenilyn berasakan dia sudah ada semuanya dan percaya pada cinta terutama pada diri sendiri.

Ini komennya:

“Saya sudah memiliki segala-galanya. Jadi, saya hanya mahu satu kehidupan yang dipenuhi dengan kegembiraan dan kasih sayang,”

Kini Jenilyn Rodriguez telah merancang untuk berbulan madu secara solo di negara Ireland. – Agensi / Malay Mail

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here