Ini satu berita terkini yang dilaporkan oleh portal Sinar Harian. Presiden Umno iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akhirnya akur dengan desakan agar beliau berundur dari kepimpinan parti.
Hari ini, beliau telah mengumumkan menyerahkan tugas memimpin parti kepada Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hassan.
“Berdasarkan kemelut yang dihadapi parti hari ini sata ambil keputusan untuk memberi kepercayaan kepada Timbalan Presiden untuk menjalankan tugas sebagai Presiden.
“Saya harap semua polemik mengenai kepimpinan ditamatkan dan saya mahu kepimpinan di peringkat akar umbi fokus perkukuhkan parti,”
Sebelum ini pelbagai pihak telah menuntut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan selepas dilihat gagal menerajui parti susulan tindakan 17 ahli Parlimennya keluar parti.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga sebelumnya diminta bercuti susulan pertuduhan-pertuduhan yang sedang dihadapi di mahkamah.
Dalam kenyataan sama, Ahmad Zahid menyeru agar tidak lagi berlaku ahli Parlimen dan Adun Umno yang bertindak keluar parti.
“Saya merasai keresahan segelintir pimpinan Umno kerana khuatir mereka akan menerima tekanan, siasatan dan tuduhan demi tuduhan seperti saya. Saya menyeru supaya tiada lagi tindakan keluar parti daripada ahli Parlimen dan Adun,”
Sumber: Sinar Harian