Pelakon Jue Aziz telah mengesahkan bahawa dirinya kini sudah bercerai dengan suaminya.
Untuk pengetahuan, suaminya seorang pemuzik yang berasal dari Indonesia iaitu Bayu Pramana Putra Achmal.
Menerusi laporan dari Harian Metro, pelakon berusia 35 tahun itu dan suami telah memilih jalan perpisahan dan mereka bercerai dengan cara baik.
Namun secara jujur,Jue Aziz telah memberitahu perkara berkenaan merupakan kisah peribadi dan tidak boleh berkongsi secara terperinci mengenai perpisahan yang terjadi.
Ini kenyataan rasmi Jue Aziz:
“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan Bayu (bekas suami) juga memahami perceraian ini untuk kebaikan masing-masing,”
Malah, Jue Aziz atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz ini juga turut tidak mendedahkan bila tarikh sebenar dia dan suaminya bercerai.
“Tidak perlu tulis bila tarikh kami bercerai kerana saya sudah habis edah pun. Walaupun sudah bercerai hubungan kami masih baik sampai sekarang,”
Kali terakhir Jue Aziz muatnaik foto bersama suaminya ialah pada bulan Oktober dengan caption menulis “Terima kasih buat segalanya. Akan merinduinya.”
Sebelum ini, pelakon ini mendirikan rumah tangga dengan Bayu, pada tarikh 9 Mac 2014 dan pasangan ini turut memiliki seorang anak angkat Darwish Naufal, 5 tahun.
Semoga segala urusan sentiasa dipermudahkannya.
Foto / Sumber: IG Jue Aziz / Harian Metro