Baru sahaja sebenatar tadi, pihak KKM PUTRAJAYA melaporkan bahawa terdapat 212 kes baru #COVIDー19 di Malaysia menjadikan 1,518 kes setakat 23 Mac 2020.
Daripada 212 kes baru, 123 dari kluster tabligh manakala selebihnya kontak rapat, PUI dan masih dlm siasatan. 57 dalam ICU termasuk 27 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Namun sebanyak 20 pesakit #COVIDー19 telah sembuh dan dibenarkan pulang sehingga 23 Mac 2020. Ini menjadikan 159 pesakit COVID-19 telah berjaya sembuh dan discaj hospital.
Jumlah kematian akibat #COVIDー19 di negara kita setakat ini ialah 14 orang.
Kes kematian ke-13 merupakan kes ke-1006 berumur 49 tahun lelaki warganegara Malaysia. Beliau merupakan anak kepada kes ke-1031 yang dirawat di Hospital Umum Sarawak. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.
Kes kematian ke-14 merupakan kes ke-595 berumur 51 tahun perempuan warganegara Malaysia. Beliau merupakan kontak rapat dengan kes positif COVID-19 dari kluster tabligh dan dirawat di Hospital Miri. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.