COVID-19 tidak mengenali bangsa, agama, kedudukan dan sebagainya sehinggakan selebriti terkenal antarabangsa pun ada yang disahkan positif.
Terkini 12 selebriti terkenal antarabangsa yang disahkan positif COVID-19. Kesemuanya mendedahkan status kesihatan mereka di laman sosial media milik mereka sendiri.
1. Olga Kurylenko
Olga Kurylenko pelakon yang pernah berlakon di dalam filem Quantum Of Solace dan juga Johnny English Strikes Again. Beliau memberitahu di akaun instagramnnya dimana disahkan positif COVID-19 selepas membuat ujian di hospital pada 18 Mac 2020 lepas dan kini mengasingkan diri di dalam rumahnya.
2. Idris Elba
Pelakon yang terkenal dalam filem seperti THOR dan Hobs & Shaws dan memberitahu belie positif COVID19 di laman twitter pada 17 Mac 2020.
3. Tom Hank
Tom Hank mengumumkan beliau dan isterinya positif COVID19 ketika membuat pengembaraan filem Elvis Presley di Australia.
4. Rita Wilson
Isteri kepada Tom Hanks juga merupakan seorang pelakon juga disahkan positif COVID-19.
5. Daniel Dae Kim
Pelakon Hawaii-O iaitu Daniel Dae Kim disahkan positif COVID-19 apabila membuat ujian di hospital. Beliau merasakan tidak sihat ketika merasakan sakit tekak ketika berada di Hawaii.
6. Rachel Mattews
Bintang disebalik filem ‘Frozen 2’ iaitu Rachel Matthews telah disahkan dijangkiti COVID-19 pada 16 Mac 2020. Beliau telah menghidapi symptom seperti batuk, demam, sakit tekak dan pening kepala dan kini mengasingkan diri bagi mengelakkan virus tersebar.
7. Kristofer Hivju
Pelakon Game Of Thrones, Kristofer Hivju juga disahkan dijankiti COVID-19 pada 17 Mac 2020. Dalam status instagramnya, beliau kini sedang menjalani pengasingan diri di rumah bersama keluarganya.
8. Charlotte Lawrence
Penyanyi berumur 19 tahun, Charlotte Lawrence juga dilaporkan telah disahkan positif COVID-19 pada 18 Mac 2020 yang lepas.
9. Andrew Watt
Andres Watt merupakan seorang producer terkenal di Amerika Syarikat disahkan positif COVID-19. Dilaman instagramnya, beliau menceritakan bagaimana peritnya semasa dijangkiti virus ini sehingga di sahkan jangkiti Viral Pneumonia.
10. Indira Varma
Pelakon Game Of Thrones ini juga disahkan positif COVID-19 dan kini pengembaraan The Seagull terpaksa ditangguhkan but seketika.
11. Colton Underwood
Dalam tweet video yang dimuatnaik, beliau memberitahu “virus ini tidak mengenali berapa umur anda atau anda sihat atau tidak”.
12. Andy Cohen
Beliau memberitahu disahkan positif COVID19 pada 21 Mac 2020 dan kini sedang menjalani pengasingkan diri di rumahnya.