Terkejut Ebby Yus Dibuatnya, Tiba-Tiba Najib Razak Datang Melawat

Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Razak membuat satu kejutan apaila melawat pelawak yang sedang sakit iaitu Ebby Yus.

Kisah Ebby Yus ini mula viral apabila rakan-rakan termasuk Ajak Shiro menyatakan kesudian mereka untuk menderma sebahagian dari wang hadiah MLM2018 kepada Ebby Yus yang sudah setahun tidak bekerja kerana sakit.

Semalam, Najib Razak dilihat hadir melawat Ebby Yus.

Menerusi laman Fb rasmi Najib Razak, beliau dilihat memuatnaik foto ketika melawat Ebby Yus.

Ini captionnya:

“Di rumah Ebby Yus hari ini. Masih ingat lagi rancangan komedi beliau.

“Ebby atau nama sebenar Muhammad Yunus Abdul Rashid, sedang menderita akibat pelbagai jenis penyakit.

“Mari kita sama-sam doakan agar beliau kembali sihat seperti sediakala.

REAKSI EBBY YUS

Dalam pada itu, pelakon dan pelawak popular, Ebby Yus, 55 tahun terkejut ketika menerima kunjungan bekas Perdana Menteri itu di kediamannya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Ebby berkata, dia terkejut apabila dihubungi pembantu peribadi Najib semalam memaklumkan Ahli Parlimen Pekan itu akan berkunjung ke rumahnya .

Dalam kunjungan selama kira-kira 15 minit itu, Najib banyak bertanya mengenai perkembangan kesihatan Ebby.

Sebelum ini, berita tentang keadaan kesihatan Ebby Yus telah mendapat liputan meluas dari pihak media selepas dia memaklumkan masalah buah pinggang dan jantung yang dialaminya semakin serius hingga menyukarkan dia untuk bekerja.

“Beliau minta saya menjaga pemakanan harian. Ia supaya tidak dijangkiti penyakit dengan mudah. Najib banyak memberi kata-kata semangat kepada saya,”

“Beliau luangkan masa datang menziarah selepas mengetahuinya menerusi laporan berita yang disiarkan mengenai keadaan saya.

“Sebagai tuan rumah, saya terima kedatangannya dengan hati terbuka sebagai tetamu untuk bertanya khabar secara lebih dekat,”

Ebby yang juga pelakon utama sitkom Jawatankuasa Kampung Kalut (JKK) di TV3 berkata, Najib memang mengenalinya kerana dia banyak terbabit dalam program anjuran kerajaan sebelum ini.

“Sebenarnya, setiap tahun ketika sambutan Aidilfitri saya selalu diundang untuk terbabit dalam persembahan di kediaman rasmi Perdana Menteri.

“Malah, ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, saya memang selalu mendapat undangan persembahan daripada kerajaan,”

Dalam pada itu, Ebby juga teruja kerana dia akan berangkat ke Makkah untuk mengerjakan umrah esok hingga 8 Februari ini.

Semoga segala urusan dipermudahkan buat Ebby Yus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here