“Terima Kasih Allah Temukan Dengan Insan Hebat Ini” – Luahan Shuib Sepahtu

Kawan biasa memang ramai boleh cari, tetapi sahabat sejati adalah amatberbeza sekali. Sahabat susah senang, apa yang berlaku sentiasa menyokong dan bersama-sama kita.

Semua orang kat dunia ni ada sahabat sejati masing-masing. Dan ini termasuklah persahabatan dua pelawak popular tanah air ini.

Ahli kumpulan Sepahtu iaitu Shuib dan Jep memang diketahui amat akrab sekali. Hubungan mereka sejak sebelum popular sehinggalah dah bergelar selebriti berjaya, mereka tetap bersama sehingga kini.

Perkara ini diperakui sendiri oleh Shuib apabila dia meluahkan rasa hati tentang persahabatannya dengan Jep Sepahtu.

Melalui laman media sosial Instagramnya, Shuib meluahkan rasa syukur kerana telah dikurniakan seorang sahabat yang amat baik seperti Jep.

Ini luahan dari Shuib:

“Kenal hampir belasan tahun, dari kami hanya punya cita2 utk semua yg ada skrg, cita2 nak jadi artis tersohor kononnya. Semuanya terjadi dlm sekelip mata.. Semuanya dgn izin Allah swt.

“Dari kenal masa Audition di Hotel Selesa Johor Bharu, nama “Shuib” dia yang bagi dan lekat smpi skrg.. Dia kata nama tu sesuai utk aku… Lalu susah sama2, keje tmpt yg sama, pagi2 jaga conveyor beg seawal 5.30 pagi, tgk cabin crew tarik beg naik kapal.. putih mata sbb hanya mampu cakap “hi”

“Masih pegang cita2 dan impian yg sama, panjat audition sana sini lebih dari lima!!! Semua tak percaya dan tak pernah percaya yg dua budak ni akan pegi KL dan menetap di KL… Rezeki tak salah alamat, dia sampi mesti sampi, 2009 naik KL dan semuanya bermula dan dipendekkan cerita sekarang dua2 dah kawin, aku anak 3 dan dia dah kawin dan ade anak jugak.

“Terlalu banyak perkara yg dikongsi bersama dan yg paling MAHAL adalah persahabatan yg semakin matang dr byk sudut!!! Terima kasih Allah pertemukan dgn insan hebat ini @jepsepahtu..

“Jarang nak menulis panjang2 sebenarnya, tp gambar ini seakan “sesuatu”…Sesuatu yg pastinya adalah hukum alam… Pasti dan pasti tp tak tau siapa… Tp yg pasti dan pasti,,, siapa pon antara kita pergi dahulu, kenangan kita, susah senang, gelak tawa, bertekak bergaduh, jatuh bangun adalah kenangan terindah sepanjang perkenalan indah ini… SAHABAT DUNIA AKHIRAT INSYAALLAH.. “SEPAHTU…. DUA YG MENYATU”

Para follower ternyata sebak dengan luahan dari Shuib itu dan kagum dengan persahabatan yang terbina antara dua pelawak ini.

Sumber: Ig Shuib

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here