Kes Tembakan Di Masjid Ketika Solat Jumaat, Seorang Rakyat Malaysia Antara Mangsa

Beberapa orang disahkan telah terbunuh dalam satu tembakan di dua buah masjid di bandar Christchurch, negara New Zealand.

Menerusi satu laporan daripada Radio New Zealand, terdapat dua kes penembakan yang berlaku di sini. Satu kes berlaku di Masjid Al Noor di sebelah Hagley Park, dan manakala satu lagi di Masjid Linwood di pinggir bandar Linwood.

Seorang saksi di dalam Masjid Al Noor memberitahu bahawa dia ternampak darah di merata tempat (di sekitar kawasan itu) dan melihat sekurang-kurangnya empat orang terbaring.

Hari Jumaat adalah hari suci yang mana semua umat Islam akan menunaikan solat Jumaat di masjid namun satu insiden pula yang berlaku di sini.

Pada waktu petang waktu tempatan, polis New Zealand melaporkan bahawa mereka mendapat laporan tentang “kes tembakan” dan terus menasihatkan orang ramai untuk tinggal di dalam rumah.

Dalam pada itu, pihak media CNN ada mengeluarkan kenyataan dari Perdana Menteri New Zealand, iaitu Jacinda Arden tentang kejadian terbabit.

Jacinda Arden mengatakan bahawa insiden seperti itu ada satu tragedi dan merupakan satu kejadian yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan ia merupakan peristiwa yang terburuk pernah berlaku.

Dalam pada itu, dikataakn seorang rakyat Malaysia turut menjadi mangsa tembakan. Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington di laman sosial Twitter mereka, mangsa kejadian kini menerima rawatan di hospital.

“Seperti yang dilaporkan, terdapat kejadian tembakan di masjid Christchurch pada 1.40 petang hari ini. Suruhanjaya Tinggi bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan butiran lanjut tentang mangsa.

“Setakat ini, seorang rakyat Malaysia disahkan cedera dan kini menerima rawatan di hospital.”

Suruhanjaya Tinggi juga menasihatkan warga Malaysia yang menetap di New Zealand, terutamanya di kawasan yang terjejas, untuk tinggal di dalam rumah dan mematuhi arahan dari pihak berkuasa.

“Orang Malaysia yang tinggal di New Zealand khususnya di Christchurch, sila ambil tahu tentang keluarga dan rakan anda jika ada yang cedera atau terkena tembakan yang terjadi di kawasan masjid”

Dalam pada itu, suspek dikatakan turut ada memuatnaik satu video live tentang kejadian menembak itu. Suspek dikenali sebagai Brenton Tarrant.

Dikatakan beberapa suspek sudah ditangkap namun tidak dipastikan samada Brebton turut ditahan.

Sama-sama kita doakan agar semuanya selamat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here