Teman Lelaki Sahkan Janna Dikejarkan Wad Kecemasan

Menurut Dini Schatzmann yang juga merupakan teman lelaki kepada pelakon wanita cantik Janna Nick telah dikejarkan ke hospital kerana jangkitan bakteria selepas mengalami demam panas sejak empat hari lalu.

Menurut pembantu peribadinya iaitu Sakinah semasa dihubungi berkata, Janna masih berehat. Ini komen dari PA Janna lagi:

“Janna bukan saja demam, tapi dia turut mengalami muntah-muntah. Apabila ke hospital, doktor sahkan dia terkena jangkitan bakteria.

“Alhamdulillah, sejak dimasukkan ke hospital semalam, keadaannya beransur baik. Selera makan pun sudah ada, cuma dia perlu berehat di hospital.

“Kalau semuanya okay, mungkin hari ini sudah boleh keluar. Sebab esok sudah bermula pementasan Teater Siti Di Alam Fantasi,”

“Walaupun demam, dia tetap datang latihan. Mungkin sebab itu badannya semakin lemah. Apa pun, terima kasih kepada semua peminat yang tidak putus-putus berdoa,”

Dia memberitahu bahawa walaupun Janna Nick dalam keadaan sakit tetapi dia masih meneruskan latihan teater dan mungkin disebabkan itu keadaannya semakin lemah.

Menurut Sakinah lagi, keadaan Janna Nick juga beransur pulih dan selera makan pun sudah ada cuma hanya memerlukan lebih banyak rehat di hospital.

Disamping itu juga, teman lelaki pelakon ini juga memberitahu bahawa kekasihnya itu terkena sinus infection dan dikatakan sudah empat hari demam sehingga badannya menjadi lemah.

Semoga Janna Nick akan tetap bertahan dan kembali sihat agar dapat meneruskan pementasan teater yang akan berlangsung pada hari ini.

Teater pementasan Siti Di Alam Fantasi bermula 21 hingga 26 November ini di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur bermula hari ini.

Antara barisan pelakon yang akan muncul berlakon ialah Johan Raja Lawak, Abam Bocey, Issey Fazlisham, Fizo Omar, Datin Paduka Umie Aida, Datuk Ziela Jalil, Erma Fatima, Ozlynn Waty dan Isma Halil.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here