Telekung, tudung misteri dijumpai di restoran.. Patutlah Ana Burger tanggung rugi besar!

Sejak beberapa bulan lalu Ana sudah mula rasa bagaikan ada perkara yang tak kena terutama dalam diri sendiri dan juga perniagaan makanan yang diusahakan.

Perniagaan kedai burger yang dibuka empat tahun lalu semakin merosot dan jatuh teruk pendapatannya.

Daripada kutipan RM5,000 sehari, dia kini tidak lagi menerima kutipan sedemikian.

Perasaan yang mengatakan mungkin itu semua kerana masalah ekonomi yang melanda negara pada ketika ini, orang berjimat-jimat membeli makanan. Lebih elok makan di rumah sahaja. Itu yang difikirkan pemilik Ana Burger D’Cafe berusia 41 tahun ini.

Kedai berkenaan yang terletak di Kampung Jarak, Kangar Perlis itu sejak dibuka sentiasa tidak putus pelanggan. Hidangan pelbagai jenis burger yang enak dan makanan western antara tarikan restoran ini.

Memang tak banyak restoran di Kangar yang menyediakan masakan barat yang sedap menjilat jari kepada pelanggan.

Namun itu semua dulu dan akhirnya tanda tanya dalam diri Ana atau Analiza Ahmad mengenai kemerosotan periagaannya terjawab selepas dia dan pekerja kedai menemui barangan pelik di kedai mereka.

Pekerja kedai makan itu telah terjumpa helaian tudung dan telekung di kedai mereka itu dalam kejadian yang disedari Disember tahun lalu.

Lebih teruk, kesihatan dirinya serta anak yang berusia enam tahun turut terjejas kerana mengalami demam berpanjangan sehinggalah berlaku penemuan kedua, beberapa hari lalu.

Ini antara luahan Ana:

“Pelaris saya dalam perniagaan hanyalah masak sedap dan layan pelanggan dengan baik, itu sahaja.

“Patutlah selama ini kedai aku semakin tak laku… ada orang hantar sihir rupa-rupanya,”

“Pada bulan lepas, kami menemui satu plastik berisi tiga helai tudung di hadapan kedai.

“Saya terus hubungi seorang ustaz. Atas nasihat dia, pada petang itu juga kami buang bungkusan misteri itu di Sungai Perlis.

“Selain demam, anak saya juga mengalami kembung perut. Sekarang saya letakkan dia di rumah makcik di Kuala Perlis untuk sementara waktu.

“Beberapa hari lalu, jumpa pula tiga helai telekung. Mungkin tiga helai tu dihantar untuk kami tiga beranak,”

Menurut Ana, dia tinggal bersama seorang anak angkat dan bapanya yang berusia 84 tahun, berhampiran kedai burger mereka.

Kata Ana lagi, perbuatan tersebut bukan sahaja memberi kesan kepada dia sekeluarga, malah ia turut melibatkan 28 kakitangan restoran berkenaan.

“Saya mula berniaga empat tahun lalu, usaha sendiri sehingga ke tahap sekarang.

“Pesanan saya kepada orang yang buat tu, bertaubatlah. Kalau kamu orang berniaga, usaha sendiri, jangan tutup periuk nasi orang.

“Pelaris saya dalam perniagaan hanyalah masak sedap dan layan pelanggan dengan baik, itu sahaja dan bukan buat khianat pada orang,”

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa simpati mereka terhadap Ana di ruangan komen video berkenaan.

Ini antara komen netizen:

“Hadoi zaman maju masih ada amalan kuno. Bersainglah secara sihat. Rezeki kita dapat tu berkat,”

“Dengki la tu, semoga Allah membalas perbuatan keji,”

Ketika ini Ana sedang berusaha memulihkan perniagaannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here