Tauke Mengamuk… Buat Laporan Polis, Nak Saman Facebook ‘Sultan Melaka’

Ini ada kisah terbaru berkaitan dengan isu melibatkan rumah tangga Tauke. Pelawak ini nampaknya telah mengamuk dengan satu page yang popular di laman maya.

Tauke Raja Lawak nampaknya bengang dan telah buat laporan polis ke atas satu FB bernama Sultan Melaka dan ianya susulan dakwaan mengatakan dirinya telah difitnah dan dicaci pemilik akaun Facebook terbabit.

Tauke atau nama sebenar Zamatul Amri Zakaria berkata, tidak kisah dengan kenyataan dikeluarkan pemilik akaun itu tetapi apabila bertindak mencaci namanya, ia adalah perkara yang melampau.

“Aku tak marah pada warganet (netizen) tapi pada pencetus”

“Inilah yang dikatakan melanggar etika kewartawanan, orang nak jadi wartawan atau blogger keluar masuk universiti tapi dia terus nak naik, sebab itu tiada otak apabila ‘post’ apa-apa.

“Tindakannya memalukan nama sultan, wartawan dan blogger yang berkelayakan,”

Itulah antara luahan hati dari pelawak berumur 42 tahun ini.

Tauke juga mengatakan selepas mencacinya secara terbuka di laman sosial, individu berkenaan juga cuba mengapi-apikan situasi rumah tangga yang melanda dirinya dan isteri.

Susulan itu, dia sudahpun membuat laporan polis dan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik akaun Facebook itu.

Dua hari yang lalu, pihak media melaporkan, isteri Tauke iaitu Nadia Mohd Affandi mengatakan mereka sudah berpisah melalui lafaz cerai di aplikasi Whatsapp.

Akan tetapi, pelawak yang amat popular dengan kumpulan Jambu ini, menafikan mereka sudah bercerai tetapi mengaku rumahtangga mereka sedang bermasalah dan kini dalam proses untuk menyelesaikan isu berkaitan dengan baik.

Tauke juga ada menyatakan, isterinya itu sering mempunyai perangai yang agak lain apabial dia menyertai rancangan pertandingan yang besar sperti MLM dan juga Super Spontan.

Diimbas kembali, Tauke dan Nadia telah disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 9 Disember 2017 dan mereka dikurniakan cahaya mata, Zamatul Khayla Aydina pada 26 Oktober tahun lalu.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here