Tangisan Iringi Kemenangan… Noryn Aziz Juara Gegar Vaganza Musim Ke-5

Peserta Gegar Vaganza Musim Ke-5 iaitu Noryn Aziz telah dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim kelima (GV5).

Di pentas akhir, Noryn Aziz telah membawakan lagu Laskar Cinta di segmen duet bersama Awi Rafael serta menyanyikan lagu rap Where is The Love bersama Dia Fadila di segmen battle.

Noryn Aziz berjaya merangkul wang tunai RM100,000 tajaan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel Resort dan piala Gegar Vaganza.

Ketika diumumkan juara, Noryn Aziz telah menangis mendengar keputusan berkenaan dan berpelukan dengan Dia Fadila. Ketika membuat ucapan, Noryn Aziz ada berkata kemenangan ini ada hikmahnya kesabaran itu adalah kekuatan.

Noryn Aziz turut berkata kemenangan ini adalah untuk anaknya. Penyanyi in turut berterima kasih kepada juri, ibu bapa, peminat dan rakan artis serta semua yang menyokong Noryn Aziz.

Naib juara pula dimenangi oleh Dia Fadila berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000 tajaan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel Resort dan piala Gegar Vaganza.

Dia membawakan lagu Makin Aku Cinta di segmen duet bersama Ajai serta menyanyikan lagu rap Where Is The Love bersama Noryn Aziz di segmen battle.

Tempat ketiga dirangkul oleh Zamani yang membawakan lagu Lagu Jiwa Lagu Cinta di segmen duet bersama Ameng Spring serta menyanyikan lagu rap Bunga bersama Billy Zulkarnain di segmen battle.

Tempat ketiga membawa pulang wang tunai RM30,000 tajaan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel Resort dan piala Gegar Vaganza. Zamani juga turut memenangi gelaran Bintang CUCKOO Paling Gempak di konsert akhir ini.

Tempat keempat diduduki oleh penyanyi dangdut Amelina yang berjaya membawa pulang wang tunai RM20,000 tajaan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel Resort dan piala Gegar Vaganza.

Amelina membawakan lagu The Power of Love di segmen duet bersama Bob Yusof serta menyanyikan lagu rap Teman Pengganti bersama Maya Ruslee di segmen battle.

Tempat kelima dimenangi oleh Maya Ruslee yang membawakan lagu Nisan Cinta di segmen duet bersama Ernie Zakri serta menyanyikan lagu rap Teman Pengganti bersama Amelina di segmen battle.

Maya yang popular dengan lagu Matahari sebelum ini berjaya membawa pulang wang tunai RM15,000 tajaan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort dan piala Gegar Vaganza.

Satu-satu pasangan duo, Billy Zulkarnain berjaya mendapat tempat keenam dan berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000 tajaan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort dan piala Gegar Vaganza.

Mereka membawakan lagu Curiga di segmen duet bersama Idayu serta menyanyikan lagu rap Bunga bersama Zamani di segmen battle.

Ini keputusan penuh:

1) Noryn Aziz
2) Dia Fadila
3) Zamani
4) Amelina
5) Maya
6) Billy Zulkarnain

Tahniah buat pemenang!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here