“Tanggungjawab untuk bayar” – Awal Ashaari dedah Lara Alana mula bayar cukai sejak umur setahun

Selebriti popular tanah air iaitu Awal Ashaari mendedahkan anak kesayangannya, Lara Alana, telah pun buka fail membayar cukai.

Lara Alana turut dikenakan cukai pendapatan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sejak berusia setahun lagi.

Awal Ashaari menegaskan, perkara berkenaan sebenarnya tidak membebankan dirinya dan isteri, Scha Alyahya kerana itu merupakan satu tanggungjawab yang perlu dijalankan sebagai rakyat Malaysia.

Ini komen Awal Ashaari:

“Lara mula bayar cukai sejak umur setahun. Kami pergi ke LHDN dan dimaklumkan dia dikenakan cukai sebab sudah ada pendapatan sendiri. Jadi, kena buka fail.

“Ramai pengikut di media sosial bertanya dan mempertikaikan kenapa Lara dikenakan cukai sebab dia masih kecil.

“Saya berasakan ia bukan beban kerana pendapatan yang diperoleh itu hasil daripada pekerjaan dilakukan, jadi kena bayar sedikit sebagai cukai. Sama juga macam saya dan isteri. Tidak fikir pun soal mereka nak kenakan kita. Ini adalah tanggungjawab untuk bayar”

Dalam pada itu, Awal Ashaari harap semua artis perlu ada tanggungjawab untuk membayar cukai. Awal dalam pada itu mengakui pernah tidak menjalankan tanggungjawab itu kerana tidak pernah didedahkan mengenainya.

Ini jelasnya:

“Bukan BBNU saja tetapi artis senior juga saya nak nasihatkan kena tahu dan ada kesedaran dalam diri yang mana cukai pendapatan memang kena bayar.

“Macam saya dulu, agak lama juga tidak didedahkan perkara ini. Malah tidak tahu pun kena bayar. Dalam masa sama, ketika itu belum ada media sosial dan sebagainya. Mereka pun tidak cari dan kejar ketika itu. Jadi, dapat duit kita gunakan buat benda lain.

“Namun, menjelang 2006 dan 2007 baru mereka mula kejar serta cari balik segala pendapatan kita sejak mula menjadi artis. Mahu atau tidak kena bayar juga. Kalau tak mampu, kena bayar secara ansuran”

“Isu sekarang adalah bayar atau tak saja.”

Bagi Scha Al Yahya, dia pula berpendapat golongan selebriti perlu ada persefahaman dengan LHDN.

“Kita kena ada persefahaman dengan LHDN. Kadang kala mereka tidak tahu kehidupan sebenar selebriti.

“Jadi, kita kena pergi jumpa, terangkan dan tunjuk bukti pembelian pada mereka. Asal saja dokumentasi kita lengkap dan kita bayar tepat waktu mereka okay.

“Apabila kita tengok artis kena bayar cukai hingga ratusan ribu ringgit, bagi saya itu bukan beban tapi hutang terkumpul sejak bertahun lamanya dan duit yang sudah dibelanjakan habis”

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here