Tampil bersama, ramai gembira hubungan Sharnaaz dan isteri kembali pulih menjelang Ramadan

Nampaknya hubungan rumah tangga antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya, Noor Nabila Mohd Noor semakin pulih.

Kalau korang ingat, sebelum ini dikatakan pasangan ini berhadapan dengan masalah sejak Februari lalu.

Kini, menerusi satu video, Nabila telah berkongsi tentang perkembangan anaknya Jebat Jayden yang pertama kali menyebut perkataan ‘Baba’ menjadi perhatian netizen.

Dalam video berkenaan turut kedengaran suara Sharnaaz sedang bermain dengan anaknya itu.

Rata-rata para follower di laman sosialnya meluahkan rasa syukur dan gembira apabila hubungan pasangan itu kembali pulih seperti sedia kala menjelang Ramadan.

Ini antara reaksi dari para follower di video berkenaan:

“This is the first video that mommy and baba jebat together. I love you guys”

“Semoga hubungan Nabila dan Syarnaaz kekal hingga ke Jannah, welldone Jebat”

“Salam sis, dah harmoni kembali dengan abang Sharnaaz? Alhamdulillah, saya suka hubungan suami isteri sis dan suami. Saling melengkapi.

“Moga Jebat anak soleh menjadi sebab keutuhan kasih sayang dan kekuatan rumah tangga baba dan mommy. Saya doakan kalian bahagia hingga ke jannah. Kekal dalam ikatan suami isteri hingga akhir hayat.

“Tu suara Sharnaaz ke!!! Tolong jangan gaduh-gaduh dah. Muat naiklah gambar korang pula,”

Sebelum ini, beberapa perkongsian status Sharnaaz mengundang spekulasi berhubung keadaan rumah tanggannya menjadi topik perbualan netizen di laman sosial.

Segelintir netizen memberi kata-kata semangat dan mendoakan agar hubungan Shaarnaz dan kakak kepada selebriti Neelofa itu berada dalam keadaan baik.

Apabila isu rumah tangga menjadi bualan, Shaarnaz mahupun Nabila memilih untuk mengunci mulut mengenai gosip berterbangan mengenai rumah tangga mereka.

Untuk pengetahuan, Sharnaaz dan Nabila yang juga kakak kepada selebriti popular Neelofa, telah bernikah pada tarik 31 Mac 2017. Sepanjang perkahwinan, pasangan itu telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 30 Ogos tahun lepas yang diberi nama Jebat Jayden.

Sumber: Ig Nabila / mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here