TAKZIAH: Pelakon filem Eiffel I’m In Love meninggal dunia ketika hamil 5 bulan

Menerusi laman Instagram penyanyi popular dari Indonesia iaitu Melly Goeslaw, satu berita duka cita telah diberitahu.

Ini apabila pelakon filem popular “Eiffel…I’m In Love” iaitu Saphira Indah telah meninggal dunia pada 30 Januari, semalam.

Difahamkan, pelakon ini meninggal pada usia 32 tahun dan yang lebih menyedihkan beliau dikatakan turut sedang hamil 5 bulan.

Si suami telah mencerita saat di mana isteri itu sakit secara tiba-tiba. Isteri dikatakan mempunyai masalah sesak nafas sebelum mendapatkan rawatan.

Katanya lagi, sebelum ini Saphira Indah dikatakan tidak ada masalah kesihatan yang serius.

Ini komen suaminya tentang pemergian isteri tercinta:

“Sebenarnya, enggak ada sakit yang gimana. Cuma sesak (napas) biasa doang. Tetapi, selama lima hari, hari kelima fatal. Jadi, ada masalah pernapasan di paru-paru. Jadi, enggak ada keluhan sakit yang gimana,”

“Tapi tiba-tiba, ya ajal kan modelnya beda-beda. Kadang-kadang, orang lagi duduk ya meninggal. Ya begitulah. Kan, kita enggak bisa prediksi,”

Sehingga kini penyebab kematiannya masih sedang disiasat.

Saphira popular menerusi watak Uni dalam filem sekuel Eiffel…I’m In Love dan Eiffel…I’m In Love 2. Selain itu, lakonannya yang agak popular di negaar seberang ialah Tendangan Si Madun, Takdir Cintaku, Layla Majnun, Kharisma, serta Raden Kian Santang.

Pelakon kelahiran Bandung ini mendirikan rumah tangga tiga tahun lalu bersama Ai Rico Hidros Daeng dan mempunyai seorang anak, Ahmad Titan At Tariq.

Sama-sama kita sedekahkah Al-Fatihah kepada Allahyarham.

Sumber: MEDIA HIBURAN / VIVA.CO

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here