Ibu kepada penyanyi dan pelakon popular tanah air Adibah Noor, iaitu Norlia Abd Majid telah pegi buat selamanya hari ini.
Khabarnya ibu Adibah Noor ini telah menghembuskan nafas terakhir pada 12:30 malam Isnin.
Adibah Noor telah berkongsi berita duka berkenaan melalui satu makluman yang dibuatnya melalui laman media sosial Twitter dan Instagram miliknya sekitar jam 6:30 pagi tadi.
Ini perkongsian dari Adibah Noor:
assalamualaikum wrt wbt.
ibu kami, puan hajjah norlia bt. abd. majid telah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 1230 malam tadi.
jenazah akan dibawa ke masjid al-ansar, taman keramat pada jam 9pagi ini, untuk diuruskan dan seterusnya disolatkan.
al fatihah.
Rata-rata peminat dan pengikutnya turut menghulurkan ucapan takziah menerusi ruangan komen entry berkenaan.
Sebelum ini, Adibah Noor ada berkongsi keadaan ibunya yang kurang sihat di laman facebook.
Ini perkongsiannya:
these.. spoilt me.
these.. would still do, if these could.
but what these can no longer do physically, these make it up in supplication and prayer… and continue to spoil me.
#TerimaKasihEmak
Ucapan takziah juga kepada keluarga Adibah Noor, moga roh arwah ibunya, Norlia Abd Majid dicucuri rahmat oleh Allah. Sama-sama kita doakan.
Sumber: Ig Adibah Noor