Taksub Nak Cantik Muka Rosak Teuk Akibat Komestik Tak Berdaftar

Cantik dan wanita sememangnya tidak dapat dipisahkan lagi.Kejadian yang berlaku telah mengakibatkan seorang wanita yang taksub untuk cantik telah menyebabkan dia tidak boleh tidur bercakap malahan makan sekalipun.

Ini kerana kulit mukanya telah mengalami alahan serta kegatalan serta gelupas yang sangat teruk selepas memakai produk yang tidak berdaftar.

Mangsa yang juga merupakan model sambilan yang mahu dikenali dengan nama Nunajwa Fatasya Mohd Nuhairie berusia 21 tahun berkata dia telah memakai produk set kecantikan itu semenjak dua bulan lalu dan sama sekali tidak menyangka kulit mukanya akan menjadi teruk sebegitu rupa.

Komen dari Nunajwa Fatasya lagi :-

“Saya akui mahu kulit cantik berseri berikutan sedikit kusam sebelum ini.

“Terpengaruh dengan rakan, saya menempah satu set lengkap produk kecantikan berharga RM70 secara atas talian menerusi seorang ejen,”

“Muka saya berasa gatal hingga mengganggu selera makan. Saya mahu menyuap makanan dan bercakap pun sukar.”

“Kulit muka saya seolah-olah tegang dan memang saya menyesal memakai produk ini, namun merasakan mungkin tidak bersesuaian dengan kulit muka saya”.

“Malah, saya kena akui kerana terlampau taksub melihat muka rakan cantik dan berseri, saya mencuba membelinya tanpa memeriksa adakah ia berdaftar dengan Kementerian Kesihatan selepas produk berkenaan tular di media sosial,”

“Dalam hal ini, saya tidak mahu menyalahkan sesiapa termasuk pengasas atau ejen produk berkenaan kerana saya mengambilnya tanpa paksaan sesiapa dan sanggup menanggung risiko sendiri.

“Saya kini mendapatkan rawatan lanjut di klinik untuk memeriksa kulit muka berikutan sudah tidak tahan dengan kesan sampingannya,”

Menurut mangsa yang juga merupakan single mother kepada dua anak lelaki itu berkata sudah hamper beberapa bulan dia tidak melakukan kerja sebagai model sambilan akibat dari masalah kulit mukanya itu.

Jelasnya lagi, disebabkan kulit mukanya yang rosak teruk itu menyebabkan dia terpaksa berehat dengan lebih lama bagi memperbaiki kulit muka yang rosak teruk itu.

Dia yang telah berkongsi akibat daripada pemakaian produk itu di laman social Facebook telahpun tular dan ramai diantara warga net mendoakan agar kulit mukanya kembali pulih seperti biasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here