Fouziah Gous Akui Tak Sengaja… Ini Sebenarnya Yang Berlaku Di Majlis Hari Jadi Siti Nurhaliza

Penyanyi tersohor tanah air iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza telah pun menyambut ulang tahu kelahirannya yang ke-40, pada hari Jumaat lalu. Beliau telah dilahirkan pada 11 Januari 1979 di Kampung Awah, Temerloh, Pahang, Malaysia.

Sempena hari jadinya yang ke 40, satu sambutan berlangsung dengan cukup meriah di PWTC, Kuala Lumpur dengan kehadiran ahli keluarga, rakan selebriti dan juga para media.

Memang ramai yang tidak melepaskan peluang untuk turut sama bergambar dengan penyanyi legenda tanah air itu, termasuk rakan artis. Antaranya ialah pelakon Datin Fouziah Gous.

Akan tetapi ada yang menarik perhatian apabila Fouziah Gous bergambar dengan Siti Nurhaliza.

Apabila dilihat dari gambar mereka, ternyata baju dan fesyen yang dikenakan oleh mereka berdua dilihat seakan sama.

Melihat perkara berkenaan, ini komen dari Fouziah Gous.

“Tanpa sengaja, terpakai baju lebih kurang sama dengan birthday girl. Not my plan or design but specially designed by Syafieq Ayman.

“Apapun, kebetulan yang berlaku ini adalah satu hadiah buat saya untuk simpan gambar idola saya dalam personal album. Definately im gonna print this,”

Gambar ini di muat naik oleh Fouziah Gous di laman Ig miliknya.

Para netizen terutama peminat Fouziah Gous telah memuji kecantikan kedua dua selebriti ini, sambil memberikan ucapan hari jadi buat Siti.

Foto: Instagram Fouziah Gous

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here