Tak Sangka Drama Nur ‘Real’ Pengetua Tahfiz Pecah Amanah RM43600

Pernah tengok drama Nur? Kalau ada peminat drama siri Nur sudah pasti tahu dengan kes pecah amanah oleh ustaz Madi kan? Ternyata kisah dalam drama Nur terbukti daripda kisah benar.

Kes terbaru dilaporkan bahawa pengetua yang juga merupakan pengerusi maahad tahfiz telah melakukan pecah amanah wang pelajar bagi melanjutkan pelajaran ke Turki sebanyak RM43600.

Dikatakan juga ia dilakukan oleh pengetua dan juga isterinya yang dikenali sebagai Ahmad Shukri Ghazali berusia 47 tahun dan Zunairah Awang berusia 38 tahun.

Pasangan suami isteri itu telah mengaku tidak bersalah dengan semua pertuduhan itu di hadapan Majistret Solehah Noratikah Ismail, Roslizi Sulaiman dan Muhammad ‘Azzam Zainal Abidin.

Mengikut kes pertuduhan ia dilakukan pada 14 November 2018 sehingga 19 Febuari 2019 di dua bank berlainan di Klang.

Pengetuan maahad tahfiz itu didakwa kerana telah menyalahguna duit seorang pelajar nya berjumlah RM9600 untuk tujuan peribadi dimana duit tersebut adalah untuk membeli tiket penerbangan ke Turki.

Pihak mahkamah telag menetapkan jaminan untuk pasangan suami isteri ini sebanyak Rm9500 dan juga RM6000 dengan seorang penjamin.

Menurut laporan juga memberitahu bahawa isteri pengetua tersebut iaitu Zunairah sedang mengandung lapan bulan dan akan melahirkan anak pada bulan hadapan.

Terdahulu apabila pasangan yang sama juga mengaku tidak bersalah atas dakwaan tiga tuduhan pecah amanah wang pelajar bagi melanjutkan pelajaran ke Turki sebanyak RM50600 serta telah dikenakan jaminan RM18000 setiap orang.

Fuh! Tak sangka rupanya cerita dalam drama Nur sebenarnya berkisar tentang kejadian sebenar yang terjadi dalam kehidupan seharian kita. Tak tercapai dek akal pula memikirkan orang yang kita angap ustaz yang baik sanggup melakukan hal sedemikian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here