“Tak sabar untuk solat jemaah bersama bakal suami.. sebelum ini saya tidak pernah rasa”

Bekas peserta Gegar Vaganza iaitu Elly Mazlein kini sering memberi gambaran akan menamatkan zaman jandanya tak lama lagi.

Elly Mazlein jug ada menyifatkan teman lelakinya kini sebagai calon suami yang paling baik.

Namun begitu, sehingga kini, Elly Mazlein masih lagi merahsiakan identiti jejaka berkenaan. Katanya kekasih hatinya itu berusia lewat 20-an dan namanya masih lagi menjadi rahsia buat pengetahuan umum.

Kata Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, jejaka berkenaan merupakan seorang lelaki yang baik dan sentiasa mementingkan perihal agama.

Ini komennya tentang bakal suami nya itu:

“Dia seorang yang sangat baik. Selain selalu meluangkan masa menjaga anak saya, iaitu Puteri Sara Sefia, dia juga tidak pernah tinggal solat.

“Setiap kali tibanya waktu solat Subuh, dia pasti akan menghubungi saya mengingatkan supaya mengerjakan solat. Hal ini menyebabkan saya tidak sabar untuk solat berjemaah bersamanya. Maklumlah, sebelum ini saya tidak pernah merasai pengalaman solat berjemaah bersama suami,”

Tentang pertemuannya, Elly Mazlein berkata dia mula mengenali lelaki yang bertugas sebagai kakitangan kerajaan itu sejak Ogos tahun lalu dan bakal bertemu dengan orang tua teman lelakinya itu pada bulan Mac ini.

“Teman lelaki saya datang daripada keluarga yang besar. Dia merupakan anak kelapan daripada 13 adik beradik. Sejujurnya, saya berasa sangat teruja untuk mengenali keluarganya dengan lebih dekat,”

Dalam pada itu, Elly Mazlein yang kini sudah berumur 39 tahun berkara, dia memang ada hasrat untuk mengikat tali pertunangan. Akan tetapi, dia masih merahsiakan tarikh pernikahan bersama teman lelakinya itu.

Untuk pengetahuan, Elly pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan mereka berdua bercerai pada 15 Oktober 2016.

Sumber: Kosmo ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here