“Tak pernah terfikir di benak fikiran”

Penyanyi bersuara merdu, Ziana Zain telahpun ebrcerai dengan bekas suami bernama Armin dan kini sudah pun tamat edahnya.

Ziana Zain berkata dia masih belum terfikir untuk mencari pengganti selepas bercerai Julai lalu.

Kata Ziana Zain lagi, kini fokusnya hanya tertumpu buat keluarga dan anak-anak tersayang saja.

Ini komen Ziana:

“Alamak, soal mencari pengganti atau teman baru, tidak pernah terfikir langsung dik. Sebab buat masa ini saya hanya lihat diri saya dan anak-anak saja. Memang tak pernah terfikir di benak fikiran”

Ditanya sama ada dirinya sudah diintai atau ada yang cuba mendekati misalnya di media sosial, Ziana memberitahu dia tidak ambil tahu tentang perkara terbabit.

Ini jelas Ziana Zain:

“Saya tak tahu dan tidak mahu ambil tahu,”

Sementara itu, Ziana yang sudah tamat tempoh edah turut meluahkan bersyukur apabila dikelilingi dengan orang yang positif untuk dia terus kuat dan berdikari.

Ini komen Ziana Zain lagi:

“Kehidupan harus diteruskan. Bagi saya, kalau kita mengadu padaNya, selain berfikiran positif dan dikelilingi dengan orang yang baik, Insya-Allah perjalanan hidup kita akan dipermudahkan.

“Saya juga bersyukur mempunyai keluarga, adik beradik serta ibu bapa yang kuat beri semangat untuk terus berdikari. Jadi tidaklah terasa sangat,”

Untuk pengetahuan, Ziana Zain yang juga kakak kepada penyanyi Anuar Zain ini telah pun sah bercerai talak satu dengan Armin Zaharin Ahmad Zambri di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Semoga Ziana Zain terus bahagia bersama keluarga dan juga anak-anak.

Sumber: Media Hiburan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here