Tak pandai siang ikan, ini respon balas Elfira Loy

Elfira Loy dikritik ekoran isu yang mana dia mengaku tak pandai siang ikan dan suaminya yang buat persiapan untuk masak ikan itu.

Namun pelakon ini menganggap isu dirinya tidak pandai siang ikan sehingga memerlukan bantuan sang suaminya iaitu Faris ketika sedang memasak bukanlah satu masalah besar.

Elfira Loy memberitahu, perkara itu hanya dibesar-besarkan oleh netizen yang suka mencari kesalahan dan mengkritik tentang kekurangan seseorang terutama seorang yang bergelar selebriti.

Ini komennya:

“Itu bukan sesuatu isu yang besar pun tapi anda kenal netizen. Mereka suka bila anda tak tahu sesuatu daripada anda tahu semuanya.

“Kalau hari itu saya tak tahu, tiba-tiba hari ini saya dah tahu, anda ingat mereka nak kisah? Tidak.

“Lebih baik saya tidak berdebat atau melakukan apa-apa dengan orang macam tu sebab dia akan merosakkan minda dan perangai kita,”

Elfira Loy berkata sedemikian ketika ditanya tentang hal itu menerusi Instagram miliknya.

Sebelum ini, Elfira Loy menerima kecaman netizen apabila meminta bantuan suaminya, Faris Khairol Anuar menyiang ikan yang ingin dimasak berikutan tidak tahu melakukan perkara tersebut.

Dalam pada itu, Elfira menjelaskan dia sebenarnya bukan tidak pandai, sebaliknya tidak pernah tahu cara untuk menyiang ikan berikutan kerja-kerja itu selalu dilakukan oleh pekerja di kedainya.

Ini jelasnya lagi:

“Saya tidak cakap yang saya tak pandai, saya cuma kata tidak tahu sebab tak pernah tahu. Selalukan kedai yang siangkan.

“Kenapa ada beza ke kedai siang ke kita siang. Kejap lagi nak cuba gorenglah nak rasa ada beza atau tak beza. Tak pandai jaga mulut tu ada beza,”

Diimbas kembali, Elfira dan Faris Khairul Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan bakal timang cahaya mata pertama.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here