“Tak pandai jaga diri..” Ini antara sebab Nedim pasang bodyguard untuk Nora Danish

Pelakon yang sering jadi buruan pihak media iaitu Nora Danish memberitahu pengalamannya mempunyai bodyguard yang menjaganya dan ianya diupah oleh suaminya Nedim Nazri.

Kata pelakon popular ini, sebelum ini memang dirinya pernah berasa kurang selesa kerana sering diawasi pengawal peribadi.

Akan tetapi, Nora Danish akui apa yang dilakukan oleh suaminya itu adalah untuk kebaikkan dirinya sendiri juga.

Ini komen Nora Danish tentang pengawal peribadinya:

“Dulu saya tak selesa langsung. Kadang-kadang saya minta mereka ke belakang sikit dan jangan terlampau rapat.

“Tapi Nedim (suami) kata at least dia nak bodyguard ikut saya untuk mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku.

“Memandangkan, sekarang ni ada macam-macam kes seperti rgl, simbah acid, mencuri dan sebagainya. Itu kerisauan dia sebenarnya.

“Saya pula tak pandai jaga diri, handphone pula tinggal merata-rata dan pengurus peribadi pun tiada. Jadi, mereka jelah yang akan menjaga saya,”

Nora bercerita tentang hal berkenaan ketika ditemui di Majlis Tayangan Ramadhan Astro 2019 bertempat di Astro All Asia Broadcast Center, Bukit Jalil.

Ketika ditanya adakan dia berasa selamat sepanjang diawasi pengawal peribadi, ini respon yang diberikan oleh Nora Danish:

“Still rasa tak selamat sebab kalau orang nak buat apa-apa dari jauh pun boleh.

“Tapi InsyaAllah selamat semuanya menjadi lebih baik jika kita lebih berhati-hati.

“Malah ada di antara mereka pun sebelum ini pernah terlibat di dalam pasukan beruniform,”

Dalam perkembangan lain, Nora akan tampil dalam satu drama baru berjudul Iman. Drama bersiri ini akan ditayangkan bermula 1 May 2019 di saluran Ria dan Ria HD pada setiap Isnin hingga Selasa jam 9.00 malam.

Kepada peminat Nora Danish jangan lupa kaayn drama ni.

Sumber: Media Hiburan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here