Apabila mula-mula memberitahu secara umum bahawa dirinya sedang bertarung dengan kanser limfoma tahap empat, penyanyi dan pelakon Elyana dilihat begitu tabah menghadapi dugaan berkenaan.
Pemilik lagu ‘Kalis Rindu’ dan ‘tak Tercapai Akalmu” ini ada meluahkan rasa hatinya dan amat berharap kedatangan 2019, penyakitnya itu akan berjaya dilawannya dan meninggalkan dirinya selepas lapan tahun bertarung dengannya.
Ini tulis Elyana di laman IG miliknya:
“Terima kasih 2018 kerana banyak meninggal kan kenangan-kenangan indah…semua yang pahit telah aku tukar kan menjadi manis semua nya… Kepada musuh ku KANSER, pleaseeee be nice to me… dah tahun 2019 dah, tak boring ke 8 tahun duduk dalam badan saya?
“Kepada diri ku, Erneelya Elyana Emrizal…tetap lah menjadi diri mu…
tetap lah menjadi insan yang kuat fizikal dan mental.. Please untuk tahun 2019 ni, jangan cepat putus asa. Sebab saya tau awak kuat Nana! Semoga menjadi Manusia yang lebih baik!
“Alhamdulillah,terima kasih Ya Allah kerana masih memberi ku peluang untuk melangkah ke 2019. Semoga aku menjadi hamba mu yang lebih baik Ya Allah… Terima kasih korang semua untuk tahun 2018…
Dimbas kembali, Elyana pertama kali mendedahkan kepada umum tentang dia menghidap barah ketika tersingkir pada minggu kelima pertandingan Gegar Vaganza musim keempat dua tahun yang lalu.
Pelakon drama Dunia Baru ini menghidap kanser sejak lapan tahun lalu dan telah menjalani kemoterapi sehingga tujuh kali sejak 2014.
Walaupun pelbagai dugaan yang tiba, Elyana tidak akan berputus asa melawan penyakitnya.
Dari luahan di atas, Elyana sempat mengingatkan dirinya agar menjadi insan yang kuat fizikal dan mental dalam mengharungi cabaran hidup termasuk penyakit dihadapinya.
Dalam perkembangan terkini, Elyana perlu menjalani rawatan radioterapi untuk merawat dan mengawal sel-sel barah sebanyak 10 kali rawatan.