Tak boleh tidur bimbang Nurul Izzah, ini respon balas Najib Razak kepada Mujahid

Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Razak telah memberi respon balas setelah membaca nukilan hati dari Menteri Dr Mujahid.

Ternyata Najib Razak mengambil peluan ini dengan menyindir surat yang ditulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Najib Razak telah memetik salah satu ayat dalam warkah itu yang mana Mujahid mencoretkan bahawa beliau tidak boleh tidur kerana mengenangkan apa yang dilakukan oleh Nurul Izzah.

Ini dikatakan merujuk kepada tindakan Nurul Izzah meletak jawatan sebagai naib presiden dan Pengerusi PKR Pulau Pinang pada 17 Dis lalu.

Najib Razak menerusi satu posting di akaun Twitter milik beliau menasihatkan Mujahid agar berdoa kepada Allah sekiranya tak boleh nak tidur.

Ini tulis Najib Razak secara sinis:

“Lepas baca warkah Cordova.

“Kekanda tidak boleh tidur kerana bimbangkan keadaan adinda”.

“Drama.

“Dah berapa malam tak tidur?

“Kalau masih tidak boleh tidur, bacalah doa mohon kepada Allah untuk mudah tidur dan tenang.

Itulah tweet dari Najib Razak apabila membaca warkah berkenaan yang menajdi viral.

Warkah yang ditulis ketika dalam perjalanan darat dari bandar bersejarah Cordova ke Madrid, Mujahid membahasakan dirinya “kekanda” dan memanggil Nurul Izzah sebagai “adinda”.

Ini antara intipati surat yang ditulsi oleh Mujahid itu:

“Kekanda tidak boleh tidur kerana bimbangkan keadaan adinda setelah keputusan adinda tempoh hari.

“Semoga adinda berada dalam keadaan sihat dan tenang menghadapi berbagai cabaran selaku ‘Puteri Reformasi’,”

Warkah berkenaan ditulis di laman FB milik Dr Mujahid dan sehingga kini menerima lebih 6 ribu perkongsian dari para pengguna FB.

Sumber: Twitter Najib Razak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here