“Tak boleh lama-lama” – Fasha Sandha dan Aidil Aziz kongsi foto sedang honeymoon

Pengantin baru paling sensasi ketika ini iaitu pasangan selebriti Fasha Sandha dan Aidil Aziz telahpun sedang hneymoon atau sedang berbulan madu sebaik sahaja tamat majlsi perkahwinan mereka.

Pasangan ini telah memilih destinasi popular iaitu bercuti di Pulau Langkawi, Kedah.

Detik indah sedang bahagia berbulan madu itu telah dikongsikan Fasha Sandha dan juga Aidil di laman media sosial Instagrammya.

Namun kata Fasha Sandha, mereka tak boleh cuti honey moon lama kerana tak bawa anak-anaknya. Oleh kerana takut rindu anak kesayangan, mereka cuti sekejap sahaja.

Ini tulis Fasha Sandha:

“Just a Short honeymoon, tak boleh lama2 nanti Rayfal dan Jemyma rindu. Paling sweet, tadi pagi Rayfal called, cakap rindu ibu, nak ibu…

“Lepastu, Abang Aidil suruh Rayfal dan Jemyma join kami, tapi mama dengan Kakak sulungku Farra tak benarkan. Gambar diambil dengan menggunakan P30 pro,”

Terdahulu, pasangan ini telah membuat majlis malam berinai, majlis akad nikah dan majlis resepsi yang diadakan pada minggu lalu.

Semoga pasangan ini sentiasa bahagia.

Ini beberapa foto sekitar percutian honeymoon Fasha Sandha dan Aidil di Langkawi. Jom layan:

Foto: Instagram Fasha Sandha

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here