Tak Boleh Berbaik, Pasangan Ini Diarah Jalani Proses Timbag Tara

Pihak Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur telah memutuskan 4 Disember ini bagi melantik wakil untuk proses timbang tara (hakam) berkenaan dengan kes perceraian Sharnaaz Ahmad serta isterinya Noor Nabila Mohd Noor.

Menurut rekod, Hakim Syarie Ahmad Muttaqi Ismail telah sebulat suara dengan tarikh tersebut kerana kedua-dua pihak telah gagal mencari pendamaian dalam Jawatankuasa Pendamaian (JKP) yang dilantik sebelum ini.

Ia adalah digelar Hakam dan merupakan proses yang dikenakan mengikut Seksyen 47(14) dan Seksyen 48 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984.

Melalui proses tersebut, pihak mahkamah akan menpunyai kuasa mutlak untuk melantik dari kalangan saudara-mara terdekat bagi kedua-dua pihak, iaitu dua penimbang tara yang mengetahui akan berkaitan isu rumah tangga pemohon serta defendan.

Menurut peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili pelakon Sharnaaz telah berkata bahawa pelantikan hakam itu perlu bagi mencari jalan pendamaian berkaitan dengan masalah pasangan suami isteri ini.

Komen dari peguam syarie lagi:

“Keputusan hari ini mahkamah menetapkan pelantikan hakam bagi menyelesaikan semua isu dan mencari jalan terbaik. Kita ada peruntukan undang-undang untuk merujuk kes ini ke hakam pula”.

“Dua-dua pihak ada alasan masing-masing dan kalau tiada penyelesaian mereka ada hak untuk bawa ke peringkat seterusnya iaitu hakam”.

“Kita sekarang ini dalam usaha nak selesaikan semuanya secara terbaik supaya masing-masing hidup aman dan damai,”

Peguam syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mewakili Noor Nabila yang juga merupakan kakak kepada seleberiti Neelofa.

Sebagai rekod, pada 11 September lalu, pihak mahkamah telah memerintahkan satu jawatankuasa pendamai (JKP) dibentuk bagi mencari penyelesaian dalam kes tuntutan cerai mereka berdua.

Namun, sebaliknya berlaku apabila  Sharnaaz pula memfailkan permohonan nusyuz terhadap Noor Nabila pada 30 September.

Untuk prosiding JKP, Sharnaaz telah melantik kakaknya iaitu Dr. Sherrini Ahmad Basir Ahmad sebagai wakil dan Noor Nabila pula telah melantik bapa tirinya Abdul Halim Khan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here