Tak ada job, pelakon Mimi Ernida jual laksa

Hampir sembilan bulan tidak ditawarkan berlakon, pelakon Mimi Ernida teringat keperitan hidup apabila terpaksa menjual laksa.

Pelakn ini menjual laks melalui media sosial, kerana wang simpanan hanya tinggal RM200, dan ianya berlaku sekitar tahun lalu.

Dilahirkan dalam keluarga yang mencari rezeki secara berniaga, Mimi Ernida yang sudah sembilan tahun aktif dalam dunia seni, melakukan pelbagai kerja demi kelangsungan hidupnya.

Ini komen Mimi Ernida:

“Tahun lalu, hampir sembilan bulan saya tiada ‘job’. Mula-mula, saya tidak risau. Tetapi apabila memasuki bulan kedua, tiada tawaran yang datang.

“Mujurlah masuk bulan ketiga, ada produksi mahukan saya berlakon untuk sebuah drama. Penggambaran hanya mengambil masa lima hari. Selepas itu, situasi berulang apabila tiada penerbit atau syarikat produksi yang hubungi saya”

Mimi Ernida merupakan pelakon yang pernah membintangi filem box office, Polis Evo. Mimi Ernida berkata, disebabkan kesempitan hidup, dia nekad pulang ke kampung halaman di Kedah dan memulakan perniagaan kecil-kecilan menjual teh air cincau.

“Saya menjual teh ais cincau pada harga RM2.50 di hadapan rumah keluarga. Ketika itu, saya tak boleh malu. Kalau malu dan terasa diri ini artis, saya tak boleh cari duit. Jadi, saya kena tebalkan muka. Ada peminat datang membeli dan ajak bergambar.

“Namun, mungkin disebabkan harga teh ais cincau mahal, saya berhenti berniaga. Saya kembali ke Kuala Lumpur untuk mencuba nasib sekali lagi”

Buntu mencari penyelesaian, Mimi yang pandai memasak, mencuba nasib menjual laksa melalui Instagram selepas menyedari wang simpanan berbaki RM200.

“Saya promosikan laksa melalui Instagram… Ketika itu, saya hanya ada RM200.

“Penat hanya Tuhan saja tahu. Seawal lima pagi, saya sudah bangun untuk memasak laksa. Kali pertama, saya sediakan 50 bungkus laksa. Dalam sehari, saya boleh dapat untung bersih RM80”

Teringat kenangan itu, Mimi Ernida berkata dia tidak langsung memikirkan soal glamor atau dirinya bergelar artis ketika mencari rezeki halal.

“Keluar rumah dengan tak bersolek dan selekeh… Saya reda kerana apa yang penting, saya hendak mencari rezeki dengan membuat penghantaran terus kepada pembeli.

“Pada masa sama, saya menjual madu dan produk jualan langsung,” 

Mimi Ernida mendedahkan, atas pertolongan pengusaha Choco Fit, dia mula menjual produk pelangsingan itu sejak akhir September lalu.

“Saya hendak menjual produk itu, tetapi tiada wang. Hendak jadi agen perlu melabur sejumlah wang yang banyak.

“Mujur pemiliknya sangat baik. Saya hanya masukkan wang daripada pelanggan dan meminta produk dihantar kepada saya.

“Akhirnya, pihak mereka tolak duit kos dan serahkan kepada saya keuntungan bersih.

“Syukur selepas bulan pertama, saya mula menjana pendapatan sehingga RM5,000. Ketika itu, saya sangat gembira kerana dapat berkongsi rezeki dengan ibu bapa,” 

Untuk pengetahuan, ibu Mimi Ernida mengusahakan kedai makan di depan rumah manakala ayahnya menjual ayam mentah. Dek kerana itu, Mimi Ernida mahir menyembelih ayam membantu bapanya di kedai.

Tentang kariernya sebagai seorang pelakon, Mimi Ernida teruja kembali melakukan pekerjaan yang diminati sejak September lalu.

Ini komen Mimi Ernida lagi:

“Saya dapat berlakon drama Selafaz Cinta disusuli Senafaz Rindu. Walaupun sudah berlakon, saya masih menjual produk pelangsingan itu,” katanya.

Mimi berkata, dia banyak merenung kesilapan dirinya sendiri apabila tidak dapat tawaran berlakon, tahun lepas.

“Selepas diuji apabila tiada penerbit mahu mengambil saya berlakon, saya sering memikirkan kesilapan diri. Mungkin ada kesalahan yang dilakukan hingga diduga begitu. Ketika susah, saya anggap ia ruang untuk saya melakukan terapi dan muhasabah diri”

Apapun, semoga Mimi Ernida terus berjaya dalam industri seni.

Sumber: BERITA HARIAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here