Tajul yang tidak lama lagi akan menjadi seorang bapa memberitahu bahawa dia sudah bersedia bagi menyambut kehadiran anak sulungnya pada bulan ini.
Dia yang sudah lengkap dengan menyediakan segalanya bagi kelahiran ank mereka turut memberitahu bahawa dia juga ada meminta nasihat serta panduan bagi persediaan menjadi seorang bapa daripada adik beradiknya yang rata-rata sudah berumah tangga.
Komen Tajul lagi tentang persiapan kelahiran yang dilakukan olehnya:
“Semua dah lengkap, barang ibu dan anak semua saya dah beli. Insya-Allah dijangka hujung bulan ini isteri melahirkan cahaya mata pertama kami.
“Saya ada dapat pandangan daripada adik-beradik yang sudah berkahwin, macam mana nak jaga orang pantang, tentang pemakanan, apa yang perlu dibuat di hospital dan benda-benda asas lain.
“Sejujurnya, saya memang tak sabar nak tengok wajah baby tapi dalam masa sama rasa gementar. Iyalah tak ramai jadi bapa dalam usia muda,”
“Isteri ada meminta saya untuk beri sokongan semasa di bilik bersalin… kita tengoklah macam mana, tak tahulah kalau muntah atau pengsan nanti.
“Kami tak pernah lagi lalui momen ini dan ia pasti satu detik yang sungguh bermakna, saya akan beranikan diri dan reda saja dalam bilik itu nanti.
“Tentang jantina bayi, kami hanya akan maklumkan selepas bayi lahir dan semoga semuanya dipermudahkan,”
Tajul juga mengaku bahawa ia adalah pengalaman baharu buat mereka. Malah, katanya lagi isterinya ada meminta agar dia menemaninya semasa proses kelahiran nanti.
Penyanyi ini juga memberitahu bahawa dia akan memberanikan dirinya dan redha dengan apa yang berlaku di dalam dewan bersalin nanti.
Awal bulan Oktober lepas penyanyi ini telah membuat pendedahan bahawa dirinya sudah pun berkahwin pada 10 Disember 2017 yang lalu.
Menurutnya lagi dia tidak menghebahkan kepada umum kerana tidak mahu Tajul berkata dia terpaksa merahsiakan mengenai perkahwinannya itu kerana tidak nak mencampur aduk urusan kerja dengan peribadi.