“Tahun 2018 ibarat roller coaster..” – Sufian Suhaimi idam gadis sopan santun, tidak kasar dan tidak malas

Sufian Suhaimi menyifatkan tahun 2018 diibarat roller-coaster dalam kehidupannya. Pelbagai peristiwa dan isu telah melanda penyanyi berbakat besar ini dan ada yang pahit dan ada juga yang manis.

Untuk tahun 2019, Sufian Suhaimi berharap untuk mempunyai kehidupan yang lebih seimbang selepas ini.

Ini komennya:

“Apa yang boleh disimpulkan, tahun 2018 boleh diibaratkan sebagai roller coaster dalam hidup saya kerana saya berusaha keras untuk mengimbangi antara kisah peribadi, karier dan pelajaran.

“Biarpun bukan mudah, lebih-lebih kisah peribadi sebelum ini menjadi bualan ramai, namun rasanya, saya telah berjaya mengawal segala perkara dengan cara terbaik,”

“Saya harap lembaran baru yang menjelang tiba memberikan saya sebuah kehidupan yang lebih seimbang dan mempunyai lebih banyak masa bersama keluarga tercinta.

“Pada masa sama, saya juga mahu memastikan kejayaan yang diraih pada tahun ini, momentumnya akan terus kekal malah menjadi lebih baik untuk tahun-tahun mendatang,”

Ditanya tentang soal hati dan perasaan, Sufian hanya tertawa dan tidak mahu memberi komen lanjut tentang perkara itu.

Apabila diusik tentang berkemungkinan 2019 sebagai tahun dirinya mencari cinta dan sebuah kebahagiaan, ini jawapan Sufian:

“Menarik juga tu (ketawa). Saya tidak dapat memberi apa-apa komen mengenai hal hati dan perasaan. Saya juga tidaklah serik bercinta atau tidak mahu mencari kekasih hati.

“Cumanya, sekarang saya memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang saya minat iaitu membikin lagu. Seandainya, dalam perjalanan itu saya terjumpa seseorang dan kami suka sama suka, apa salahnya,”

Sufian yang kini berusia 26 tahun tak menyasarkan untuk mencari teman wanita pada tahun 2019, sebaliknya berserah kepada perjalanan hidup yang akan dilaluinya selepas ini.

Ditanya tentang kriteria gadis idamannya pula, Sufian Suhaimi berkata dia tak ada ciri-ciri yang khusus cukuplah andai gadis itu kelak boleh menjadi kawan, serasi bersama, sopan santun, tidak kasar dan tidak malas.

Sumber: KOSMO

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here