Tahniah! Tasha Manshahar Kini Hamil Anak Pertama

Penyampai radio Zayyan FM, Raqib Majid berkongsi khabar gembira di Instagramnya, berkongsi berita gembira bakal bergelar bapa selepas isterinya yang juga penyanyi popular Tasha Manshahar telah disahkan hamil.

Ini tulisnya:

“Ada Raqsha Junior dalam rahim isteri saya. Rasa macam mimpi. Masya Allah percaturan Allah begitu indah. Terima kasih Allah”

Tasha Manshahar telah berkongsi pengalaman dan saat gembira itu menerusi Instagram miliknya.

“Kami dah pun jatuh cinta dengan insan yang belum kami jumpa”

“Buat yang masih menunggu dikurniakan cahaya mata, semoga Allah makbulkan doa kalian, Allah hadiahkan sebaik-baik penyejuk hati dan mata ayah bonda. Amin”

Ini luahan gembira Tasha di Insta Story:

Ini perkongsian penuh dari Tasha Manshahar:

Every mommy has/had different experiences, and this is mine…
_
It all started when I was always having fever. On off punya demam. Dalam sehari tu, ada time tertentu badan akan panas sangat. Kepala tak sakit tapi berpusing-pusing pening hampir sepanjang hari. PJJ pulak dengan husband. Jadi habiskan masa dekat sekolah and dekat rumah sewa Melaka je, weekends baru jumpa husband. Sebagai seorang manusia yang tak suka dan takut pergi klinik/hospital, of course kita akan elak mengadu over-over dekat suami sebab taknakkkkk kena pergi klinik. Tapi time tu selera makan level 100%. Jadi I thought ni cuma tak sedap badan sebab cuaca tak menentu time tu atau pemakanan yang macam-macam (maklumlah lepas kahwin lupa dah apa itu diet ?). Tu belum masuk cerita badan berangin je 24/7. Perut rasa sebu memanjang.
_
Bila balik weekend, as a caring husband of course Raqib risau bila suhu badan isteri panas gila especially waktu malam. Pastu nak buat keje pun lembik takde tenaga. Jalan sikit letih. Berdiri sikit penat. Nak baring je. Tapi bab makan, menjadi-jadi selera. Muntah? Takde muntah, takde loya. Sebab tu boleh makan je apa-apa masa ni. Alhamdulillah!
_
Ada juga mengadu dengan akak-akak yang rapat dekat sekolah. Rata-rata agak Tasha pregnant. Yelah dorang dah pernah lalui kan. Tapi Tasha macam “yeke?” dan cuba menidakkan. Bukan apa. Takut berharap. Lagipun time tu masih dalam fasa adaptasi alam perkahwinan. Macam awal lagi lah kononnya.
_
Raqib pujuk punya pujuk, dia ajak pergi Megaklinik Zahran dekat Bangi. Risau sebenarnya kalau penyakit bukan-bukan nauzubillah. Dia yakinkan Tasha, “Klinik tu best!” “Takde bau hospital!” ? Sebab Raqib dah pernah ke sana untuk dapatkan rawatan sebelum ni. So Tasha akur, dan pergi juga sebab badan memang tak sedap sangat dah…..Apa berlaku dkt Megaklinik Zahran? Tasha terus dapat result pregnant ke? Jeng jeng jeng panjang lagi cerita ni

Sebelum Tasha sambung, Tasha nak bagi disclaimer dulu yang Tasha dengan Raqib mmg dah bincang dari awal dan sepakat untuk tak rancang first baby. Satu, simply sebab ni first baby. Kalau Allah nak bagi awal, kita terima dengan penuh syukur. Kalau tak, tak apa, kita boleh fokus benda lain dulu. Itulah persetujuan kami masa dari awal. Ok sambung…
_
Dipendekkan cerita, Tasha pergi ke Megaklinik Zahran kali pertama sebab demam, pening kepala, siap ada simptom kencing kotor. Tapi Alhamdulillah result urin okay je. Tasha ada buat urine test juga utk check pregnancy dkt klinik masa tu — NEGATIF. Doktor kata maybe awal sangat nak check sebab masa tu belum missed period. So doktor bg lah ubat demam, ubat utk pening semua lah. Tasha patut period lagi 2 minggu dari hari tersebut.
_
Seminggu lepastu Tasha datang Megaklinik Zahran lagi sekali sebab badan masih on off panas plus sakit-sakit badan/urat so terus doktor ambil darah. Tapi result darah okay, takde masalah pun. Dalam tempoh demam ni jugak ada keluar brown spotting. Doktor ckp Tasha mungkin pregnant. Doktor suggest Tasha tunggu missed period then buat UPT which would be minggu depannya tu. Kata doktor kalau double line walaupun samar inshaAllah mmg positif pregnant. Kalau tak, dan masih sakit kena cepat-cepat jumpa doktor balik. Tiba-tiba terus takut! ?
_
Just few days sebelum hari sepatutnya period, Tasha check guna sendiri je 2 kali (hari berbeza) guna UPT dekat rumah sewa. Early in the morning. Sebelum subuh. Sebab doktor kata waktu tu urine kita paling concentrated. Since ada pregnancy test yang katanya boleh detect hormon HCG beberapa hari sebelum missed period, so sajalah nak buat test awal. Dalam hati macam tak berharap ada rezeki ada lah tapi macam tak sabar jugak nak tahu ? Dalam pada konon tak kisah awal ke lambat ke tu, lama-lama mcm ada simpan sikiittt harapan jugak tau. Maklumlah first time jadi mcm saru lah sikit ? Taktahu what to expect. Result — kedua-dua masih NEGATIVE. Syukur Raqib tak pernah question, malah selalu tenangkan Tasha ❤️

Okay, time tu dah kurang berharap. Tapi Tasha tetap standby stok UPT

Sbb instinct ni lain macam, kata kena test lagi nanti. So Tasha plan utk buat test sehari lepas missed period kalau tak period pada tarikh yang sepatutnya period tu. Kiranya beberapa hari je lagi tau. Setiap hari Tasha tengok kalendar. Check period diary hari-hari betul ke tarikh expected period tu. Hahaha. Taktahulah perasaan tu sebenarnya excited ke takut. Fasa ni memang fasa Tasha paling banyak tanya org, paling banyak baca membaca, google itu ini. Sampai jadi takut sebab simptom-simptom tu bila makin baca makin macam simptom penyakit kronik hahahahah tapi Tasha cuba calm kan diri, okay kalau result nanti tak pregnant, I have to do something utk sihat balik. Tu je.
_
Hari yang sepatutnya period, Tasha igt lagi, Monday, berdebar tunggu sehari tu berakhir. Tapi tak period juga! Okay excited nak bangun pagi esok nak buat test. Tasha igt lagi, masa tu mmg sekolah cuti ke apatah, jadi Tasha dekat Kajang. So Raqib ada sekali dekat rumah. Bangun pagi Selasa tu……ada darah! Macam period tapi tak sebanyak period, tapi tak juga sesikit spotting. Masuk tengah hari, darah tu masih ada, mcm fresh blood. Tasha terus cakap dekat Raqib, belum rezeki kot. Dalam pada berserah tu ada juga sedih sikit. Tapi Raqib igtkan, “Anak ni rezeki, jangan sedih, kita doa Allah bagi pada waktu yang terbaik untuk kita”. Okay lega sikit. Habis UPT yg dah buat stok tu mcm mana? Nak tahu Tasha buat apa? Bersambung di next post hehehehehe

Okey nanti kalian boleh baca kisah seterusnya di laman IG Tasha Manshahar ye.

Untuk pengetahuan, Tasha Manshahar kini bergelar guru dan tidak lagi aktif dalam bidang seni.

Pasangan ini disatukan sebagai suami isteri pada 8 September lalu di Masjid Jamek, Kajang.

Tahniah buat Tasha Manshahar dan suaminya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here