Dua selebriti telah menerima Darjah Kebesaran sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada hari ini. Majlis telah berlangsung di Istana Abu Bakar Pekan, Pahang.
Penyanyi popular dari negara jiran Indonesia, Datuk Rossa Roslaina Handiyani menerima Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran “Datuk Seri”.
Kemudian, penyanyi veteran Amir Amzah Salleh atau ND Lala menerima Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.
ND Lala merupakan bapa kepada penyanyi antarabangsa iaitu Shila Amzah.
Rossa sebelum ini popular menerusi lagu berjudul Pudar dan juga Terlanjur Cinta, manakala ND Lala popular dengan lagu irama Malaysia, Syair Cak Pong. Tahniah diucapkan kepada kedua dua selebriti ini.