TAHNIAH! Nabil selamat timang anak ketiga.. Terus tayang wajah anak

Hari ini, pengacara dan juga pelawak popular tanah air, Nabil Ahmad telah pun selamat menerima kehadiran anak ketiga apabila isteri tersayang Zira telah melahirkan anak barunya itu tengah hari tadi.

Berita gembira ini mula diumumkan oleh Instagram MeleTop, tempat dimana Nabil menjadi pengacara rancangan bersama Neelofa.

Kata Ig berkenaan lagi, Nabil dan Zira telah menerima baby girl, anak perempuan, bermakna kesemua anak pasangan ini, ketiga-tiganya adalah perempuan. Rezeki namanya.

Khabarnya Nabil akan umumkan nama anak barunya itu di rancangan berkenaan pada minggu depan.

Ini tulis Ig berkenaan:

“Tahniah Bambil @nabilzira dan @zira.ayub selamat melahirkan baby girl jam 1.00 tengahari tadi. 3 anak dara dah hehehehe. Selamat berpantang ya. Oh! Nanti Nabil akan umumkan dan share nama baby girl comel lotey ni secara Eksklusif dekat MeleTOP next week tau! Korang jangan lupa tengok ok! #MeleTOP

Tanpa menuggu masa yang lama pasangan ini membenarkan Ig MeleTop berkenaan untuk berkongsi wajah anak ketiga mereka itu.

Ini gambarnya:

Tahniah buat Nabil dan juga Zira.

Sumber: Ig MeleTop

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here