TAHNIAH ! Kaka Azraf Selamat Timang Bayi Lelaki

Artis Kaka Azraff telah menimang cahaya mata sulungnya. Dia melahirkan bayi lelaki secara pembedahan di salah sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Jumaat semalam.

Berita gembira itu dikhabarkan oleh suaminya, Adam Azriff di laman sosial Instagram.

Menurut suami penyanyi tersebut, isteri serta anak lelakinya kini berada dalam keadaan stabil serta sihat.

Komen dari Adam serta Kaka sempena kelahiran putera sulung mereka :

“Alhamdulillah, thank you for your love and prayers everyone. Everything went with ease, my lovely wife is in a stable condition, and my baby boy was safely delivered to us from Allah in a strong and healthy condition.

“Happiest day for my wife and also our family,”


“Alhamdulillah with god’s will – I have safely arrived in this world on a rainy Friday, 11th October 2019 at approximately 14:14pm”.


“Terima Kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan kaka dan baby sepanjang pregnancy ini”.

InsyaAllah, we will share more of our beautiful moments of my little prince & I.
“But for now, I would like to take this time to cherish and soak all these precious moments of my little family. With so much love, thank you all,”

Sebagai rekod, Kaka Azraf dan suaminya Adam telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 14 Disember 2018 selepas dirisik pada 27 November 2018 dimana perkenalan mereka tidak lama. Mereka kemudian mengambil keputusan untuk berumah tangga.

Berita gembira yang dikongsikan oleh pasangan ini mendapat perhatian ramai peminat serta kawan rapat mereka.

Antara ucapan yang diberikan kepada pasangan ini :

“Alhamdulillah, tahniah Kaka & Adam! Tak sabar untuk berjumpa si kecil itu!

“Tak sangka Allah makbulkan doa kamu untuk lihat bayi kamu dilahirkan pada hari Jumaat… hari penuh barakah,”

Semoga dengan kehadiran si kecil ini akan mengeratkan hubungan diantara mereka suami isteri dan semoga bayi itu akan menjadi anak yang soleh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here