TAHNIAH ! Elfira Loy Selamat Lahirkan Bayi Pertamanya

Pelakon dan pengacara kecik molek Malaysia iaitu Elfira Loy serta suaminya Faris Khairol Anuar telah selamat menjadi ibu bapa hari ini.

Berita gembira ini telah dikongsikan oleh Elfira Loy sendiri di laman sosial Instagramnya. Pelakon ini telah meluahkan rasa syukur apabila bayinya selamat dilahirkan pada tarikh 1 Oktober 2019.

Ramai seleberiti serta peminat pelakon ini turut mengucapkan tahniah dan meluahkan rasa syukur ke atas kelahiran bayi comel pasangan ini.
Namun, jantina bayi Elfira tidak didedahkan dan tidak di ketahui sama ada perempuan mahupun lelaki.

Apa pun kita tunggu pengumuman daripada tuan badan sendiri.

Semoga Elfira Loy diberikan kesihatan yang baik sepenjang tempoh berpantangnya.
Tak sabar rasanya nak tahu nama bakal bayi comel ini.

Sebagai rekod ,Elfira Loy dan Faris Khairol Anuar telah berkahwin pada tanggal 1 Januari 2019 tahun ini selepas mengikat pertunangan pada 2 September 2018.

Sebelum ini pelakon kecik molek ini telah bertunang dengan penyanyi yang meningkat naik iaitu Sufian Suhaimi pada 6 Oktober 2017 namun putus di tengah jalan.

Akhirnya Elfira Loy telah berkahwin dengan pasangannya iaitu Faris Kahirol Anuar yang juga merupakan anak usahawan.
Tahniah di ucapkan buat pasangan ini yang telah menjadi ibu bapa.

Semoga Elfira dan suami akan bertambah ceria dengan kehadiran insan kecil ini.
Para peminat ramai mengucapkan ribuan tahniah dan mendoakan agar proses berpantang pelakon ini berjalan dengan lancar.

Semoga Elfira cepat sihat dan gembira dengan kehadiran bayi pertamanya itu.

Semoga kehadiran bayi ini dapat lagi mengeratkan hubungan di antara Faris dan juga Elfira semoga menjadi anak yang soleh yang dapat menyumbang kebaikan pada masyarakat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here