Tahniah Buat Abam!!

Sebelum ini, Abam pernah luah perasaan dan berasa kecil hati apabila selalu ditanya tetang bilakah isteri nak hamil, dan dapat anak.

Akhirnya kini, pelawak Abam (Bocey) akhirnya berkongsi berita gembira bahawa isteri sudah mengandung dan dia bakal bergelar seroang bapa.

Abam atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, berkata, isterinya Siti Norhidayah Mohd Ali disahkan hamil tiga bulan ketika ini.

Ini merupakan berita yang paling dinantikan oleh kedua mereka sejak mendirikan rumah tangga pada hujung tahun lepas.

Abam berkata, dia dan isteri mengetahui tentang kehamilan isterinya sejak bulan lalu, namun membuat pemeriksaan doktor pada petang Rabu untuk mendapatkan kepastian.

Ini komen Abam:

“Alhamdulillah rasa macam nak lari laju sambil jerit kuat-kuat. Tak tahu nak cakap macam mana. Terima kasih atas doa semua”

“Saya dah tahu lama tapi tadi baru kami ke klinik buat pemeriksaan. Alhamdulillah.

“Saya tidak kisah lelaki atau perempuan yang penting bayi itu sihat dan semuanya selamat”

Utuk pengetahuan, Abam dan Norhidayah telah berkahwin pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Kuala Selangor.

Tahniah buat Abam Bocey!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here