TAHNIAH Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha

Jutaan tahniah buat pelakon Ayu Raudhah dan suaminya, pemain bola sepak Zaquan Adha di atas berita gembira ini.

Pasangan sama cantik ini telah menerima khabar gembira apabila bakal menerima kehadiran ahli keluarga baru. Ayu Raudha baru sahaja membuat pengesahan bahawa dirinya sedang hamil dan usia kandungannya berusia 19 minggu.

Pelakon yang juga adik kepada Rozita Che Wan ini memuatnaik satu gambar di laman IG miliknya dan membuat pengumuman yang amat menggembirakan itu.

Ayu memuatnaik gambar dirinya sedang mengusap perut yang hamil dan mengumumkan dirinya berbadan dua.

Ini caption yang ditulis oleh Ayu Raudhah: “Rezeki Allah tu datang dalam berbagai bentuk”… #syukuralhamdulillah #19weekpregnant #laurazuleykhanakjadikakak #awalmuharam #suaminakanakqamai #Allahpunbagi”

Diruangan komen, para follower dan juga peminat Ayu Raudhah gembira dengan berita ini dan mendoakan agar Ayu dan kandungannya sihat dan baik.

Diimbas kembali, Ayu Raudhah dan Zaquan Adha berkahwin pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah dan sudah dikurniakan tiga orang anak.

Anaknya bernama Muhammad Aisy Qaiser 5 tahun, Muhammad Aisy Aryann 4 tahun dan Laura Zulaykha baru sahaja setahun.

Tahniah diucapkan kepada kedua dua mereka, semoga segalanya dipermudahkan. Amin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here